Hapus PTPTN, Pendidikan Percuma – Bekas Pelajar Unisel Dedah Tembelang




Isu pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan janji pakatan pembangkang untuk menyediakan pendidikan percuma seperti yang diuar-uarkan dalam manifestonya baru-baru ini memang menarik namun adakah mereka berkeupayaam untuk melaksanakannya.


Mantan Yang DiPertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Universiti Selangor (GPMS-Unisel),  Nik Fathurahman Nik Rasli berkata satu perkara paling prominen yang berjaya dilakukan Kerajaan Negeri Pakatan Selangor serta barisan pentadbiran atasannya adalah memansuhkan program Dermasiswa, adakah pemansuhan program Dermasiswa ini melambangkan penyediakan pendidikan percuma sebagaimana yang diperkatakan mereka selama ini?.

“Program Dermasiswa ini adalah insentif khas yang diberikan oleh universiti kepada setiap pelajar yang berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang melalui diskaun yuran pengajian. Diskaun ini layak bagi semua pelajar tidak kira kursus atau pengambilan dan ianya merupakan insentif yang berkesan menggalakkan pelajar lebih berusaha di dalam kelas. Insentif ini menawarkan pengurangan yuran sehingga 75 peratus  bagi CGPA 4.0 dan  seterusnya.

“Malang sekali, apabila satu-satunya indikasi sebuah universiti berkebajikan dimansuhkan begitu sahaja oleh Pakatan Pembangkang yang begitu lantang membawa idea pendidikan percuma.

“Retorik Pakatan Pembangkang tidak berakhir di situ, pembangkang membenamkan taringnya ke dalam luka tersebut dengan memperkenalkan sistem ‘laksana dulu, baru beritahu’ ke atas pelajarnya,” ujarnya mengulas manifesto terbaru pakatan pembangkang dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat khususnya dalam merealisasikan impian mereka untuk ke Putrajaya.

Tambahnya, yuran penerimaan tawaran sebelum PRU12 adalah RM250 (buku panduan pendaftaran pelajar baru 2008) namun kini, yuran tersebut naik sekali ganda kepada RM500 (buku panduan pendaftaran pelajar baru 2013) dan untuk makluman, yuran ini tidak dikembalikan.

“Sehingga tahun 2008 SUK Selangor memperuntukkan biasiswa pinjaman tanpa faedah bagi membantu anak-anak negeri Selangor meneruskan pengajian di IPTA dan IPTS dengan kadar pinjaman bagi pelajar tahun asas RM8,000, untuk diploma RM 4,000 manakala yang ijazah RM6,500 (semuanya dalam kadar setahun) namun, selepas PRU12 SUK Selangor menurunkan biasiswa kepada pelajar tahun asas kepada RM4,000 .

“Namun yang lebih menyedihkan, sebelum tahun 2008 lagi, Yayasan Selangor juga terlibat menaja pelajar-pelajar UNISEL, namun menurut buku panduan pendaftarannya yang baharu edisi 2013 serta laman web Yayasan Selangor, mereka tidak lagi menaja program-program diploma atau ijazah seperti mana dahulunya dan menurut laman web mereka lagi, pinjaman hanya boleh dibuat melalui Tabung Kewangan Wang Biasiswa Negeri Selangor (TKWBNS) seliaan SUK Selangor”, ujarnya.

Jelas beliau lagi kadar pinjaman juga berubah, di zaman kerajaan Barisan Nasional (BN), mahasiswa akan mendapat pinjaman bagi diploma antara RM5000 hingga RM7500, manakala pelajar ijazah akan menerima antara RM6000 hingga RM8000 (kadar dalam setahun), namun tawaran kerajaan di bawah kerajaan pakatan ini, hanya pelajar yang mengambil ijazah perubahan akan menerima RM7000, manakala yang ambil ijazah lain-lain akan menerima RM6,500 dan diploma RM4,900.

Tambahnya, paling ketara adalah yuran pengajian Unisel yang terus meningkat, bukan sahaja tidak ada usaha meringankan beban pelajar,  kerajaan pakatan terus mengenakan yuran yang lebih tinggi saban tahun. Terbaru 2013, menyaksikan hampir 95 peratus  kursus yg ditawarkan mengalami peningkatan dari sebelum PRU12.

“Benar, sejajar perubahan masa, kos infrastruktur dan tenaga pengajar yang meningkat, maka sesuailah yuran itu meningkat, tetapi malangnya universiti serta Kerajaan Negeri gagal memberi kebajikan selayaknya kepada pelajar mengikut peningkatan yang dialami dan banyak bantuan kebajikan pelajar dewasa ini sebenarnya disumbangkan Kerajaan Pusat.

“Jika benarlah mengikut perkiraan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali sendiri bahawa UNISEL kini lebih baik dari sebelumnya, maka apa perlu kenaikkan yuran? Bukankah UNISEL ini milik Negeri? Jadi mengapa kejayaan UNISEL kini ditaja juga sebagai kejayaan Kerajaan Negeri terkini tetapi apabila berlaku ketirisan maka cepat benar ia disabit ke atas Kerajaan Negeri sebelumnya. Itupun selang 5 tahun memerintah barulah alasan-alasan ini mula timbul umpama mahu mencari kambing hitam untuk dipersalahkan.

“Selain itu, kos dan kualiti penginapan juga menjadi buah mulut pelajar UNISEL di forum-forum dan laman sosial. Ramai di antara pelajar merungut tentang keadaan infrastruktur dan keselamatan yang tidak dijaga dengan betul tidak padan dengan bayaran yang diberikan,” ujarnya lagi yang kini sedang meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Kejuruteraan Kimia UTM/Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) di Tokyo, Jepun..

Sehingga kini tegas beliau  tiada naiktaraf infrastruktur penginapan dibuat bagi menjustifikasikan peningkatan kadar bayaran penginapan.

“Contohnya, kadar sewa bagi pelajar di kampus Shah Alam bertempat di MAIS hanya RM110 sebulan sebelum PRU12, kini kadarnya adalah RM180 sebulan. Adakah penempatan pelajar tidak disubsidi Kerajaan Negeri? Mereka tidak terima air percumakah? Fasiliti apa yang dinaiktaraf sehingga peningkatan tersebut begitu ketara? Ini antara soalan berbentuk rungutan dari pelajar sendiri.

“UNISEL juga zalim terhadap pelajarnya dari segi penyediaan fasiliti pembelajaran. Masakan tidak, setiap minggu tentunya ada rungutan dari pelajar tentang jenayah di asrama, penghawa dingin yang tidak berfungsi, tunggakan bayaran kepada klinik panel, asrama bocor yang tidak dibaiki sekian lama, jumlah kelas tidak mencukupi, parkir tidak selamat, serta bermacam-macam lagi”, katanya.

Beliau mengakui setiap universiti mempunyai masalahnya tersendiri, tetapi bezanya, universiti lain menyelesaikan masalah mereka dengan segera terutamanya perkara berkaitan kebajikan dan masalah mereka hampir tidak akan berulang.

“Usah berkata-kata tentang kebebasan akademik kalau hak kebajikan pelajar sendiri pun masih gagal diberikan. Antara yang paling jelas berbeza tentulah pembawakan universiti yang dilihat kini cenderung mempromosikan politik kepartian secara halus.

“Dahulunya, UNISEL tidak mencampuradukkan akademia dengan isu-isu politik parti. Sebagai contoh, dua ikon besar (Anwar & Rafizi) dari PKR dijemput hadir menjadi panel kepada forum anjuran UNISEL yang antara lain membincangkan tentang pendidikan percuma dan forum tersebut akhirnya menjadi ceramah politik yang biasa kita lihat diluar, menuduh dan memfitnah tanpa bukti.

“Rafizi Ramli terdahulu begitu rajin mengira kira-kira pendidikan percuma di Malaysia, tapi kira-kira mudah pendidikan percuma di UNISEL langsung tidak beliau hindarkan, malah cuba elakkan. Walhal, yang lebih afdal sepatutnya membincangkannya dari sudut akademia dan membuang entiti kepartian agar satu forum yang kondusif dapat direalisasikan.

“Malah, ikon mee segera seperti Bawani juga pernah hadir ke UNISEL bersama wakil Parti Sosialis Malaysia bagi tujuan doktrinasi yang menguatkan lagi fakta bahawa pakatan pembangkang sebenarnya hanya populis, menunggang kuda-kuda yang popular seperti Bawani sementara populariti beliau masih lagi hangat”, terang beliau lagi..

Katanya doktrinasi halus yang kini menjadikan ramai pelajar UNISEL mula jelek dengan retorik Pakatan Pembangkang sehinggakan universiti mula menampakkan indikasi kesannya seperti pencalonan  Majlis Perwakilan Pelajar untuk bertanding Pilihan Raya Kampus hambar, peratus jumlah pengundi PRK semakin merudum, jumlah pelajar memasuki UNISEL merudum malah aduan pelajar yang semakin meningkat.

“Jika perlu dibandingkan UNISEL dalam pentadbiran Pakatan & BN, maka berdasarkan logik dan bukti serta pengalaman merasai pentadbiran kedua-duanya sebagai seorang pelajar, maka UNISEL sebelum pakatan adalah jauh lebih baik dari segenap segi dan jika kini ia kekal non-partisan seperti dahulu, maka saya yakin, UNISEL mampu menjadi universiti terbaik di Malaysia mengatasi saingannya,” tambahnya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. Anonymous
    9:52 PM

    padan la muka kauuu....sapa suruh support mat jubo lg....

  2. Anonymous
    12:31 PM

    hanya yg taksud pr yg nafikan sbb masih dpt habuan setiap bulan kerje nye menyambung fitnah & berbohong.. harap2 pelajar2 yg dah boleh mengundi tu wal2 kan kebenaran itu.

  3. Anonymous
    4:22 PM

    UNTUK PENGETAHUAN SEKALIAN,

    1. BUNGA "UJRAH" YANG KITA KENA BAYAQ MENINGKAT 2 KALI GANDA SEJAK BULAN MEI 2013.

    2. JUMLAH BUNGA "UJRAH" YANG PERLU DIBAYAR BAGI SETIAP PEMINJAM TIDAK SAMA WALAUPUN JUMLAH BAKI PINJAMAN SAMA. TAK FAIR.....ADA ORANG KENA BAYAQ BUNGA LEBIH DAN ADA ORANG KENA BAYAQ BUNGA KURANG WALAUPUN BAKI HUTANG SAMA SEBIJIK.



    MANSUH HUTANG PTPTN SEMEMANGNYA IDEA BODOH. YANG RAJIN BAYAR SELAMA NI TERTINDAS MANAKALA YANG PEMALAS BAYAR HUTANG SELAMA NI TETIBA UNTUNG ATAS SIKAP MALAS BAYAR. TAK FAIR. SEPATUTNYA HUTANG BANYAK TU, BAYAQ BALIK BANYAK TU. UJRAH HANYA MENGABUI FIKIRAN PEMINJAM PADAHAL UJRAH PTPTN JUGA SEBENARNYA ADALAH RIBA.

Post a Comment