Harga Pasir Naik Mendadak Punca Harga Rumah Melambung Di Selangor


Antara faktor yang menyebabkan harga rumah di Selangor melambung tinggi ialah kenaikan harga pasir di negeri itu.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata,  sebelum pakatan pembangkang mengambilalih tampuk pemerintahan Selangor harga pasir satu lori 30 tan ialah RM300 namun Kumpulan Semesta Sdn Bhd harganya meningkat kepada RM800 satu lori 30 tan sejak perniagaan pasir dimonopoli oleh anak syarikat kerajaan negeri, .

"Bila pasir mahal harga rumah menjadi mahal. Oleh kerana bekalan air di Selangor hanya mencukupi untuk kegunaan semasa, pembinaan rumah-rumah baharu tidak dapat dilaksanakan bagi menampung peningkatan permintaan dan ini boleh menyebabkan harga rumah melambung.

"Oleh kerana itu, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan projek mitigasi bekalan air di Selangor dengan peruntukan RM606 juta dan pada tahun lepas sebuah loji air baharu di Sungai Labu siap dibina dan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk diuruskan," katanya semasa Debat Jom Tolak Pakatan Rakyat yang turut disertai Penaung Waris Malaya Senator Mohd Ezam Mohd Noor di Alam Megah di sini anjuran Sekretariat Jom Tolak Pakatan malam tadi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu juga menjelaskan, Kerajaan Pusat telah meluluskan bantuan RM120 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd untuk mengatasi masalah air di Selangor.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kenaikan harga rumah di Selangor adalah kerana permintaan hartanah yang tinggi daripada kalangan pelabur biarpun harga tanah semakin meningkat.

Mohd Ezam pula berkata pengundi perlu terus menyokong pemerintahan BN dalam pilihan raya umum ke-13 bagi mempertahankan kedaulatan Malaysia yang mempertahankan pendirian berkecualinya daripada pengaruh kuasa-kuasa besar dan dihormati oleh negara-negara membangun.

"Malaysia bukanlah sebuah negara kecil walaupun saiznya kecil dan telah mendapat penghormatan dan kepercayaan negara-negara lain seperti dunia Arab dalam pembangunan kewangan Islam, bahkan Kerajaan Filipina dan Bangsa Moro yakin kepada Malaysia sebagai orang tengah dalam perjanjian damai di antara kedua-dua pihak," katanya.

Katanya memang BN bukan sebuah parti yang sempurna dan perlu penambahbaikan dari semasa ke semasa tetapi ia masih teguh dalam perjuangannya mempertahankan bangsa dan agama berbanding sesetengah pemimpin pembangkang yang sanggup menggadaikan maruah agama, bangsa dan agama untuk kepentingan politik.

Mohd Ezam berkata antara faktor beliau tidak mahu berdebat dengan pemimpin pembangkang sebab sesetengah mereka tidak bertanggungjawab kerana mempolitikkan isu-isu yang sepatutnya bebas daripada politik seperti pendidikan dan air selain daripada sanggup memburuk-burukkan Malaysia di luar negara.


Sent from Yahoo! Mail on Android
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment