Selangor halang bina Universiti Perdana - Noh Omar

Noh Omar bersama kira-kira 700 orang anak-anak muda Tg Karang, yang terima bantuan BR1M

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dibidas kerana didakwa cuba menghalang rancangan pembinaan kampus Universiti Perdana di Serdang.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya telah dimaklumkan kerajaan negeri masih enggan meluluskan syarat tukar tanah yang menyebabkan kampus universiti perubatan yang melibatkan kerjasama Sekolah Perubatan Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat itu tidak dapat dilaksanakan di kawasan berkenaan sehingga kini.

Tegasnya, pembinaan kampus Universiti Perdana sepatutnya siap tahun ini selepas dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 September 2011 di atas tanah milik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang yang dijual kepada universiti tersebut sebelum ini.

Malah katanya, penjualan tanah dan pembinaan kampus Universiti Perdana itu telah pun diluluskan oleh Kabinet selaras dengan usaha Kerajaan Pusat menyedia serta membangunkan peluang pendidikan tinggi kepada rakyat negara ini terutamanya dalam bidang perubatan.

"Namun, saya dimaklumkan kerajaan negeri tidak meluluskan penukaran syarat tanah tersebut daripada status pertanian kepada bangunan menyebabkan kampus Universiti Perdana tidak dapat dibina. Malah, saya difahamkan permohonan penukaran status tanah itu juga ditolak oleh kerajaan negeri.

"Jika soal pendidikan pun kerajaan negeri mahu politikkan, bagaimana dengan nasib rakyat, sudah pastinya rakyat Selangor mahu pun di negara ini akan rugi dari segi mendapatkan peluang pendidikan tinggi," katanya.

Tambah Noh Omar, beliau difahamkan para pelajar Universiti Perdana telah pun memulakan pengajian mereka di fakulti sementara yang disewa di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) juga di Serdang.

Sent from Yahoo! Mail for iPhone
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment