Anwar Bengang Najib Ciplak Idea Bernasnya ….



Entahlah… idea sapa aku pun tak pasti tapi nampaknya Anwar Ibrahim memang bengang gila dengan Datuk Seri Najib Razak apabila ideanya untuk memberikan permit-permit teksi individu telah dilaksanakan oleh Najib baru-baru ini apabila memberikan 1000 permit teksi individu …..

Kah-kah-kah …. Idea Anwar atau PR kononnya…. Orang yang paling bangang ialah Pengarah Strategiknyalah kerana sebagai juruSALAK PR, Rafizi Ramli muncul mengatakan Najib meniru dasar PR…..

Aku rasa mamat nie memang tak cukup kajian kot …. Jika sebelum ini, Noh Omar telah menempalak Rafizi…. Malam nie aku nak keluarkan satu kenyataan akhbar bertarikh ISNIN, 30 Jun 2008 untuk Rafizi buat kajian menyeluruh sebelum menuduh Najib dan BN meniru dasar PR haprak tu ……



KENYATAAN AKHBAR Y.B DATO NOH BIN HAJI OMAR
MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
MENGENAI PENGELUARAN LESEN TEKSI KEPADA PENGUSAHA INDIVIDU DAN PENAMBAHBAIKAN PERKHIDMATAN TEKSI DI SEMENANJUNG MALAYSIA - ISNIN 30 JUN 2008

1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Jun yang lalu telah meluluskan cadangan untuk membuka semula permohonan lesen teksi kepada individu secara berperingkat-peringkat. Pengeluaran 3,000 lesen kepada pemandu individu akan memberi peluang kepada pemandu-pemandu tulen (genuine) memiliki lesen sendiri dan dapat mengurangkan persepsi negatif mereka terhadap Kerajaan.

2. Beberapa kriteria khas akan dipertimbangkan bagi permohonan ini. Antaranya :

i. warganegara Malaysia;
ii. berumur tidak melebihi 60 tahun pada tarikh memohon;

iii. pemohon mestilah ahli kepada pertubuhan yang berkaitan dengan pengangkutan awam teksi (koperasi atau persatuan);

iv. menjalani kursus anjuran MECD;

v. bebas daripada kes jenayah dan penyalahgunaan dadah serta tiada tunggakan saman lalulintas;

vi. mempunyai kesihatan yang baik dan diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan berkala setiap tahun; dan
vii. bersedia mematuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh MECD.


3. Pelaksanaan pemberian lesen kepada individu sebanyak 3,000 lesen akan meningkatkan nisbah pemilikan lesen teksi individu berbanding syarikat daripada 35% : 65% kepada 40% : 60%.

4. Pengeluaran 3,000 lesen teksi akan meningkatkan penawarannya di pasaran bagi memenuhi keperluan semasa. Kualiti teksi diharapkan dapat ditingkatkan memandangkan tanggungjawab sebagai pemilik lesen diletakkan sepenuhnya terhadap individu tersebut dan LPKP akan memantau pemiliknya melalui koperasi dan persatuan yang dianggotainya.

5. Pihak syarikat akan meningkatkan kualiti perkhidmatannya dan mengubah pendekatan perniagaan dengan menggaji pekerja atau menawarkan saham kepada pemandu memandangkan pemandu sedia ada telah diberikan lesen individu dan akan berlakunya kekurangan penyewa teksi / pemandu syarikat.

6. Bagi memastikan matlamat menambah baik perkhidmatan teksi di Semenanjung Malaysia tercapai, pemegang permit individu dikenakan syarat sebagaimana berikut:-

(a) larangan memajak permit teksi individu kepada pihak ketiga; dan

(b) menetapkan tempoh masa minimum harian operasi teksi. Ini bagi mengelakkan masalah kekurangan teksi berikutan sikap pemandu teksi individu yang mudah berpuas hati apabila sudah mendapat hasil harian yang mencukupi.

7. Sehingga 31 Disember 2007, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah mengeluarkan sebanyak 28,292 lesen teksi di seluruh Semenanjung Malaysia. Sebanyak 18,905 (65.4%) lesen teksi telah dikeluarkan kepada syarikat dan koperasi serta bakinya 9,387 lesen (34.6%) kepada individu.


*** Rafizi tak tido malam memikirkan kebangangannya selama nie …..
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    11:39 PM

    hahahahhaha

    bodoh la kau ni rafizi. Dapat cincin dah jadi bodoh. Macam ni ke best student MCKK?

    hahahhaha

  2. Anonymous
    11:30 PM

    yg komen di atas ni lg bodoh..cincin x dapat..best student mckk pon xdpt..

Post a Comment