Lantaran tembelang Ketua Umum PKR sebagai dalang sebenar insiden
pencerobohan kumpulan bersenjata puak Sulu di Lahad Datu didedahkan oleh akhbar
Utusan Malaysia dan stesen televisyen TV3, Anwar Ibrahim terus menyaman
kedua-dua media tersebut tanpa berlengah dan bertangguh.
Sebabnya sudah nyata kerana Anwar kini dalam ketakutan apabila
peranan beliau sebagai individu yang mengapi-apikan semangat kumpulan pengganas
Sulu untuk menyerang Sabah telah diketahui umum.
Pembabitan Anwar dengan kumpulan pemisah Sulu sudah terjalin bukan
empat bulan dahulu ketika pertemuan sulit beliau dan Pengerusi MNLF, Nur
Misuari dilaporkan media tetapi telah diketahui sejak lebih 20 lalu.
Rakyat Sabah khususnya sudah tentu masih ingat bagaimana Dr
Jeffrey Kitingan, adik kepada Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBS, telah
ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada awal tahun 1990AN kerana
penglibatannya dengan kumpulan pemisah MNLF dan juga Sulu.
Pada ketika itu Anwar juga terlibat sama dalam merancang
pemberontakan kumpulan pemisah itu tetapi beliau bernasib baik tidak ditangkap
bersama Dr Jeffrey kerana berada di dalam kerajaan.
Jadi Anwar, MNLF dan kumpulan kesultanan Sulu bukanlah ikatan yang
baru terjalin tetapi telah terbentuk berdekad lamanya.
Kerana itulah apabila sahaja Utusan Malaysia dan TV3 melaporkan
kemungkinan Anwar adalah dalang, beliau cepat-cepat mengekang pendedahan lebih
lanjut dengan mengambil tindakan undang-undang.
Apa yang dilakukan oleh Anwar dalam isu pencerobohan yang telah
mengorbankan lapan anggota keselamatan bukan perkara baru tetapi merupakan
kemuncak kepada strategi beliau untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.
Jika demonstrasi dan rusuhan jalanan tidak berjaya meruntuhkan
kekuatan kerajaan Malaysia di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak, kini Ketua Pembangkang menggunakan pendekatan militer atau ketenteraan
pula.
Ini adalah senjata terakhir Anwar sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 diumumkan iaitu dengan menggunakan isu kedaulatan dan keselamatan negara.
Jika diimbas kembali kepada tahun 2008 selepas PRU ke 12, antara
tindakan paling awal Anwar untuk menumbangkan kerajaan ialah mengenai
penyebaran propaganda 916 kononnya lebih 30 ahli parlimen BN akan melompat ke
pangkuan pembangkang untuk membolehkan kerajaan pusat baru ditubuhkan.
Apabila komplot ini tidak berjaya, Anwar menggunakan pula platform
badan bukan kerajaan seperti Bersih untuk menganjurkan demonstrasi jalanan
untuk mencemarkan imej kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya.
Setelah tiga kali perhimpunan Bersih menemui kegagalan untuk
mencapai objektif utama untuk menjatuhkan kerajaan, pembangkang mengekspolitasi
pula isu keselamatan negara.
Anwar bertindak dengan mempengaruhi beberapa bekas pegawai tinggi
tentera untuk menyertai PKR dan Pas serta menimbulkan pelbagai isu yang
bersangkutan keselamatan negara.
Tujuan utamannya ialah untuk mencerminkan bahawa pasukan tentera
dan keselamatan negara yang lain juga turut korup seperti pemimpin kerajaan.
Anwar mahu melemahkan benteng pertahanan negara supaya mudah
agenda pro Yahudi dan Zionis dilaksanakan apabila kekuatan tentera dan polis di
neutralisasikan.
Disamping itu pembangkang juga berperanan menyebarkan sebanyak
mungkin fitnah dan tohmahan terhadap pemimpin tinggi negera.
Bukan itu sahaja, malah institudi penting seperti SPR, kehakiman,
pendidikan, perbankan dan kepolisian turut menjadi mangsa fitnah Pakatan
Rakyat.
Pemimpin pembangkang lain seperti Tian Chua juga digerakkan supaya
mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menggugatkan keyakinan rakyat
terhadap pasukan tentera dan polis.
Komen seperti 'mati katak' bagi merujuk kepada lapan anggota polis
yang terbunuh dan lain-lain komen melalui twitter dan sebagainya disebarkan
luaskan supaya satu keadaan tidak tenteram dan gelisah dikalangan rakyat akan
wujud.
Inilah keadaan yang sangat-sangat diharapkan oleh pembangkang
supaya akan tertekan dari pelbagai sudut lantas menjadi lemah disebabkan itu.
Pembangkang akan cuba mengambil peluang daripada keadaan huru hara
dan kacau bilau untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Walaupun Anwar menyaman seribu akhbar dan stesen televisyen sekali
pun, ini tidak akan menutup pengkhianatan yang telah beliau lakukan terhadap
negara sendiri.
Beliau telah mengadakan temuramah dengan portal berita Philippine
Dail Inquirer yang merupakan antara media paling awal yang membayangkan Anwar
terlibat secara langsung dalam konspirasi pencerobohan ke atas negeri Sabah.
Ini bertujuan untuk membersihkan namanya daripada dikaitkan dengan
puak pengganas Sulu.
Betapa seriusnya Anwar untuk membenarkan dirinya ditemuramah oleh
media asing yang membuat dakwaan terhadapnya tetapi pada masa yang sama
memangsakan media tempatan, hanya menjurus kepada satu kesimpulan - Anwar
sememangnya dalang dan tangan ghaib dalan isu pencerobohan di Lahad Datu.
0 Komen