Batalkan Projek Datum Jelatek


Projek 'Super Mega' Datum Jelatek dibawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus mendapat bantahan dari penduduk sekitar Lembah Keramat berikutan projek tersebut bakal menyisihkan orang Melayu secara ‘terhormat’.

Pengerusi Barisan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ) Salleh Samad yang juga penduduk di kawasan itu berkata Datum Jelatek ini mempunyai tujuan yang akhirnya akan merugikan warga Lembah Keramat secara khusus.

“Hari ini kita menghantar memorandum kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memohon pembatalan projek pembangunan Datum Jelatek dan digantikan dengan pembangunan mampu milik serta mengekalkan kawasan ini 100% penempatan orang Melayu.

Kerajaan Negeri Selangor perlu menjelaskan status penjualan projek Datum Jelatek apabila berdasarkan maklumat terbaru diterima, kesemua empat blok yang bakal dibina telah dijual kepada rakyat asing,” ujarnya selepas menghantar memorandum kepada pihak MPAJ yang diterima oleh Abdul Hamid Hussein, Timbalan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Tambahnya, perkara utama yang membuatkan penduduk-penduduk Taman Keramat berasa tertipu, berhubung pelaksanaan projek Datum Jelatek adalah cadangan pembangunan asal yang tidak menyatakan berhubung rancangan projek Datum Jelatek.

Pada awalnya, projek ini melibatkan pembangunan 318 unit pangsapuri, 44 unit kedai mampu milik dan 22 unit bazar ketika mereka mula-mula merobohkan pangsapuri kos rendah PKNS, sudah tentu ia tidak menimbulkan bantahan penduduk bersempadan kerana menyifatkan ianya satu projek pembangunan semula kawasan.

“Namun mengapa ianya menjadi satu projek mega, projek hartanah ekslusif yang sama sekali tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu. Di mana letaknya ketelusan pihak kerajaan negeri dalam isu pembangunan Datum Jelatek?,” tambahnya.


Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment