Barisan
Nasional (BN) Perak sudah bersedia sepenuhnya, malah semangat jentera sudah
berada di tahap yang terbaik untuk menyumbang kejayaan BN bagi membentuk sebuah
kerajaan yang kuat, demikian tegas Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd
Kadir
“Kita
akan pastikan dengan segala perancangan, dengan segala usaha yang dibuat dan
juga dengan semangat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli parti dan jentera, BN
Perak akan menyumbang kemenangan lebih besar di peringkat Parlimen selain akan
mempertahankan DUN Perak pada PRU13 ini”, katanya kepada UMNO-Online di sini.
Jelas
beliau lagi BN Perak juga telah mengadakan simulasi pilihanraya untuk
memastikan setiap jentera yang telah dibentuk dapat digerakkan dengan effisien
dan padu.
“Pilihanraya
umum 2008 telah banyak memberikan pengajaran besar kepada kita, iaitu kita
belajar dari kelemahan dan kekurangan kita, dari situ kita melangkah ke hadapan
untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada sekaligus mengembalikan
semula keyakinan rakyat kepada kita.
“Dalam
masa yang sama, saya lihat dari segi perbezaan selama 11 bulan pihak pakatan
memerintah Perak, rakyat dapat menilai dan membuat perbandingan pemerintahan 11
bulan pakatan pembangkang dengan pemerintahan di zaman BN memerintah”, ujarnya.
Apa
yang pasti tambah beliau lagi rakyat dapat melihat pertentangan dalaman yang
dihadapi oleh pakatan pembangkang kerana perebutan kuasa, yang mana
masing-masing ingin mendapatkan kuasa yang lebih yang akhirnya menumbangkan
kerajaan mereka selama 11 bulan itu.
Beliau
yang juga Menteri Besar Perak seterusnya berkata kali ini BN sudah bersedia
sepenuhnya termasuk belajar dalam soal meletakkan calon-calon yang tidak
disukai rakyat seumpamanya, dan juga dalam soal memandang remeh dan mudah di
kawasan-kawasan yang kononnya kubu kuat BN.
“Kali
ini kita tidak lagi memandang mudah sebaliknya membuat persiapan rapi termasuk
dalam kawasan-kawasan yang dilihat sebagai kubu kuat BN”, katanya.
Mengenai
janji dan manifesto pakatan pembangkang yang sekali lagi membuat tawaran bulan
dan bintang kepada rakyat, beliau yang juga ADUN Pangkor percaya rakyat
terutama pengundi tidak akan sekali lagi mudah terpedaya.
“…..ini
merupakan satu perkara yang agak janggal bagi kita apabila mereka (pakatan
pembangkang) bercakap soal manifesto dan janji, seolah-olah ada dua perkara
yang berbeza, kita tidak tahu adakah manifesto itu hanya pernyataan-pernyataan
yang tidak akan dilaksanakan, kalau macam tu semua orang boleh buat manifesto,
dengan sekadar buat manifesto sebagai satu bentuk gula-gula yang tidak
semestinya dipenuhi.
“Sementara
dalam konteks BN, apa yang kita perkatakan mengenai manifesto, itulah antara
komitmen dan janji yang akan laksanakan, yang akan kita penuhi kepada rakyat
sebagai janji dari kerajaan BN. Kita agak pelik juga menifesto yang sama,
sebagaimana yang mereka janjikan pada tahun 2008 yang kebanyakannya tidak
mereka penuhi, tetapi hari ini mereka mengulang perkara yang sama,” ujarnya
0 Komen