BN tiada masalah pilih calon MB Selangor - Noh Omar

Umno Selangor yakin tiada masalah memilih calon menteri besar yang layak sekiranya parti itu merampas kembali Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, oleh itu tidak timbul isu sama ada perlu mengumumkan calon menteri besar lebih awal atau tidak untuk meyakinkan rakyat.
“Umno akan bertanding 35 kerusi di Selangor. Daripada jumlah itu, pasti ada calon yang layak. 
“Jika kita umumkan calon menteri besar lebih awal, dikhuatiri akan ada pihak yang cuba sabotaj calon itu. Jadi, bukan satu keperluan untuk umum lebih awal kerana kita pasti akan memilih yang layak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, menolak dakwaan Umno Selangor kekurangan pemimpin berwibawa.
“Di Selangor, kita ada ramai pemimpin yang layak.
“(Barisan Nasional) berbeza daripada Pakatan Rakyat. Menteri Besarnya (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) menggunakan penasihat ekonomi, sedangkan beliau dikatakan tokoh korporat yang terkenal. Jadi, mereka sebenarnya kurang pemimpin berwibawa," katanya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Anonymous
    3:42 AM

    yang nyata jangan noh omar jadi MB selangor..termasuk konco2nya seperti ku salleh dan suhaimi shahadan daripada jadi calon..ni semua boleh jadi rusak umno.

  2. Anonymous
    4:32 PM

    Yang Pasti Orang Melayu dilarang Mengundi calon bukan muslim. Terutama yang jelas melawan ulamak dan masih berkeras dengan agenda Kristianisasi.
    Sila rujuk http://www.ismaweb.net/v4/2013/04/menjawab-fatwa-dr-zaharuddin/

Post a Comment