Ceroboh Sabah: 3 MAUT



Tiga termasuk dua komando polis terbunuh dalam usaha pihak berkuasa Malaysia menamatkan pencerobohan membabitkan sekumpulan rakyat negara Filipina semalam.
Pemilik rumah di mana kumpulan penceroboh tinggal sejak 12 Februari lalu juga terbunuh, demikian menurut jurucakap Jabatan Luar Filipina, Raul Hernandez.
Beliau yang dipetik AFP berkata, maklumat itu berdasarkan butiran diberikan oleh Duta Malaysia.

Seorang anggota polis turut tercedera selepas kumpulan itu melepaskan tembakan.

"Duta Malaysia (ke Filipina) ada menyebut bahawa baki anggota kumpulan (Sultan Sulu) Kiram di Lahad Datu telah melarikan diri ke arah kawasan perairan," kata beliau.

Katanya, kira-kira 10 anggota kumpulan terbabit turut ditahan.

Hernandez berkata, beliau tidak dapat mengesahkan dakwaan jurucakap kumpulan penceroboh di Manila bahawa 10 orang mereka telah terbunuh manakala empat yang lain cedera.
Katanya, Manila juga telah meminta agar disediakan laporan lengkap berhubung operasi yang diadakan untuk menamatkan pencerobohan.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment