Portal HarakahDaily dan tidak ketinggalan cybertroopers
pembangkang ketika ini, begitu hebat menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak bertujuan untuk mengaitkan kerajaan dengan pencerobohan
bersenjata di Sabah. Pelbagai gambar telah dimuatnaik di dalam portal rasmi
parti yang mendakwa memperjuangankan Islam itu dan disusuli dengan serangan
bertali arus di media-media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Tanpa mengambilkira sama ada laporan tersebut mempunyai nilai
fakta atau tidak, media dan cybertroopers pembangkang terus cuba meyakinkan
rakyat dengan berita fitnah, seperti yang sering dilakukan sebelum ini. Gambar
pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim dengan Perdana
Menteri sengaja disensaikan bagi meyakinkan rakyat.
Merasakan ia merupakan peluang keemasan untuk menyalahkan Umno,
mereka dengan pantas cuba mengaitkan kononnya kerajaan adalah merupakan dalang
sebenar. Ia antaranya bertujuan untuk menutup isu mengenai penglibatan Anwar
seperti yang di dakwa oleh media antarabangsa Reuters dan badan perisikan
tentera Filipina sebelum ini.
Sedangkan faktanya, Harakahdaily sebenarnya telah terkeliru dan
gagal membezakan antara MILF pimpinan Murad dengan Moro National Liberation
Front (MNLF) yang ditubuhkan pada 1971 pimpinan Nur Misuari dan Salamat Hashim
(Ustaz Hashim).
Untuk pengetahuan semua juga MILF tidak pernah mengiktiraf
kesultanan Sulu, berbanding MNLF yang mempunyai hubungan yang akrab dengan
Jamalul Kiram III yang kononnya merupakan waris sah kerajaan Sulu Darul Islam.
Kejayaan Malaysia sebagai orang tengah terhadap perundingan damai
yang akhirnya berjaya menghasilkan perjanjian berkenaan kawasan tanah warisan
atau Memorandum of Agreement on Ancestral Domain (MOA-AD) pada 2008 rupanya
tidak begitu disenangi oleh Misuari.
Kesempatan tersebut, rupanya tidak dipersiakan oleh pengkianat
negara, yang lantas mengadakan perjumpaan sulit bersama Misuari. Lebih menarik
lagi, tidak lama selepas perjumpaan sulit itu, negara digemparkan dengan
pencerobohan bersenjata oleh kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja
Kesultanan Sulu.
Apakah ia hanya kebetulan atau laporan media Filipina mengenai
penglibatan pembangkang ada kebenarannya? Menjadikan isu ini lebih menarik
perhatian ialah, ketika Anwar berdepan dengan masyarakat yang menuntut
penjelasannya mengenai perjumpaan rahsia tersebut, Misuari secara tiba-tiba
tidak mengeluarkan kenyataan.
Mantan pemimpin MNLF itu antara lainnya mengatakan, beliau
mendapat maklumat kononnya tragedi penceroboh bersenjata itu adalah kerana
jemputan yang dilakukan oleh Perdana Menteri.
Selain dari itu, Misuari juga dilaporkan telah memberikan
kenyataan berbaur ugutan kepada kerajaan dengan mengatakan akan menghantar
tentera bantuan MNLF sekiranya Tentera Diraja Kesultanan Sulu dibunuh oleh pihak
keselamatan Malaysia.
Kesimpulannya, rakyat perlu melihat, siapakah yang bakal mendapat
keuntungan sebenar terhadap targedi berdarah ini. Dengan cara itu, semua
teka-teki dan persoalan yang terdedah dengan sendiri.
0 Komen