Insiden Pencerobohan Bukanlah Perang Sesama Islam, Sebaliknya Mempertahankan Negara Wajib Dari Diceroboh



Pertembungan dan peperangan antara pihak keselamatan Malaysia dengan pihak penceroboh kononnya `Tentera Di Raja Sulu’ bukanlah peperangan sesama Islam sebaliknya pihak keselamatan kita bertembung dengan penceroboh di mana Sabah merupakan negeri hak mutlak di bawah kerajaan Malaysia sepertimana perjanjian sebelum itu di mana rakyat Sabah ketika itu secara majoriti bersetuju Sabah di bawak masuk ke dalam negara Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, YB Kapt (B) Dato Hj Mohd Najmuddin Elias berkata, jadi wajib sebagai seorang Islam mempertahankan negerinya diceroboh penceroboh dari Filipina ini.

“Jadi tidak salah dari segi Islam apabila Islam (pasukan keselamatan negara) bertempur dengan pasukan tentera Kesultanan Sulu yang rata-rata terdiri dari Islam juga kerana mempertahan tanah air kita.

Jadi dalam Islam, mempertahankan tanah air itu merupakan suatu kewajipan semua, tidak kira parti. Bukan kira UMNO sahaja, atau pemerintah sahaja, jadi parti pembangkang juga berhak, kena bersama-sama menentang tentera penceroboh ini,” ujarnya yang juga Bendahari UMNO Bahagian Larut.

Namun apa yang dirisaukan ialah orang bukan Islam menggunakan peluang ini untuk melaga-lagakan umat Islam sesama Islam dan mereka akan berasa seronok bila orang Islam bergaduh sesama sendiri.

Dalam masa yang sama, beliau mengatakan persoalan sama ada syahid atau tidak anggota keselamatan yang terkorban dalam mempertahankan negara, kita sebagai manusia tidak mampu untuk menilainya.

“Sebab dia ada syahid akhirat, ada syahid dunia ada syahid dunia akhirat, jadi tak semua mati syahid itu dikatakan syahid kedua-duanya. Biarlah Allah yang menentukan tetapi syahid ini kita harus ingat bahawa ia berlaku tertakluk kepada orang Islam sahaja.

Jadi kalau orang yang meninggal itu (pasukan keselamatan kita yang terkorban) bukan beragama Islam, kematian mereka itu, mati yang kita anggap sebagai pejuang negara, ia tidak boleh dikategorikan sebagai mati syahid kerana dia bukan Islam tetapi negara harus memberikan penghormatan kepada pejuang-pejuang  walaupun mereka bukan beragama Islam,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, lapan anggota polis terkorban dan empat yang lain cedera dalam insiden pencerobohan pengganas asing di pantai timur Sabah pada Jumaat dan Sabtu lepas.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment