Jamalul Kiram III, yang
mengaku sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya menceroboh Sabah serta membunuh
anggota polis Malaysia, tidak boleh menuntut gelaran yang sudah tidak wujud
lagi itu, kata sumber yang tahu dengan mendalam sejarah dan salasilah keluarga
berkenaan.
Oleh itu, katanya, Jamalul Kiram 111 tidak berhak mengaku sebagai
waris kepada sultan Sulu terakhir, Jamalul Kiram II, yang mangkat pada 1936.
Sumber itu seterusnya menjelaskan bahawa Jamalul Kiram III bukan
merupakan keturunanan kepada sembilan "waris sah" Jamalul Kiram II,
seperti yang tercatat dalam "Penghakiman Macaskie" pada 1939 untuk
melayakkannya menerima bayaran bagi penyerahan wilayah Sabah, yang ketika itu
dikenali sebagai Borneo Utara, kepada British North Borneo Company (BNBC).
Sumber berkenaan, yang amat mengenali anggota kerabat diraja
kesultanan Sulu serta begitu memahami sejarahnya, berkata mengikut salasilah
keluarga, walaupun Jamalul Kiram III merupakan kerabat diraja, beliau bukan
berketurunan waris utama yang berhak menerima bayaran penyerahan wilayah
berkenaan.
"Apabila Jamalul Kiram II mangkat pada 1936, baginda tidak
meninggalkan waris takhta secara langsung dan dengan itu, BNBC berhenti
daripada membuat bayaran bagi penyerahan wilayah. Berikutan itu, sembilan waris
berkenaan secara berkumpulan membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk
mendapatkan pengiktirafan sebagai pihak yang berhak menerima bayaran tahunan
itu," kata sumber berkenaan.
Pada 1939, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara Hakim
Macaskie, membuat keputuan yang menyebelahi waris berkenaan dan dengan itu,
bayaran tahunan itu disambung semula. Kerajaan Malaysia meneruskan bayaran itu
berikutan penubuhan persekutuan Malaysia.
Pada 2011, keturunan sembilan waris utama Jamalul Kiram II
memperoleh perintah sebuah mahkamah Sulu yang mengiktiraf mereka sebagai
keturunan secara langsung kepada sembilan waris berkenaan.
Generasi kedua waris ini ialah Dayang-Dayang Piandao Taj-Mahal
Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang,
Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Puteri Permaisuri Kiram
Guerson dan Sitti Jenny K.A Sampang.
"Oleh itu, beliau (Jamalul Kiram III) tidak boleh mendakwa
sebagai waris atau keturunan kepada mana-mana sembilan waris utama itu,"
kata sumber berkenaan.
12:14 AM
Jamalul kiram and musauri is really a bestard. Dulu aku sanjungi misauri sbb perjuangan die utk islam di mindanao. Aku rasa kerajaan malaysia pn sokong die dulu. Tp inikah balasan dia? Dia ni islam ka ha?