Berikut adalah kronologi selepas hari ketiga Op Daulat bagi
menangani pencerobohan pengganas Filipina di Lahad Datu, Sabah:
5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan
menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh bersenjata Filipina di
Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan
oleh pasukan tentera dan polis di sekitar kampung itu.
5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah
dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha
kerajaan mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberitahu
sidang akhbar operasi susulan dan penggeledahan diteruskan kerana percaya masih
ada musuh di kawasan itu.
6 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara sahkan kumpulan penceroboh
mula menyamar dengan berpakaian seperti orang awam untuk melepaskan diri
daripada kepungan pasukan keselamatan.
6 Mac (4 petang) - Hari kedua Op Daulat: Menteri Pertahanan Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media bersama Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan seorang anggota kumpulan
penceroboh ditembak mati dan sembilan mayat ditemui di dalam lubang di kawasan
ladang dekat Kampung Tanduo.
6 Mac - Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan
keselamatan diedar kepada media, antaranya mayat pengganas di dalam sebuah
lubang.
6 Mac - Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Al-Haj
Murad Ebrahim mengakui kumpulan pemberontak terbesar di Filipina itu tidak
terlibat dalam konfrontasi antara penceroboh bersenjata Sulu dan pasukan
keselamatan Malaysia di timur Sabah.
6 Mac (6 petang) - Berlaku tembak menembak antara anggota
keselamatan dan kumpulan pengganas di tiga lokasi di kampung Tanjung Batu,
Lahad Datu pada kira 4.15 petang semasa operasi susulan dan penggeledahan.
7 Mac (7 pagi) - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata
pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan di darat untuk mengekang
bekalan makanan dan persenjataan sampai kepada pihak musuh.
7 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Sabah
dan bertemu pemimpin masyarakat kaum Suluk di Tawau; turut menyatakan kerajaaan
tidak sangsi terhadap kesetiaan etnik itu berikutan insiden pencerobohan
tersebut.
7 Mac (15.50 petang) Perdana Menteri mengumumkan pada sidang media
di Felda Sahabat pembentukan Kawasan Keselamatan Khas di pantai timur negeri
ini, yang merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.
- Najib berkata penceroboh Filipina di Sabah perlu letak senjata
tanpa syarat sebelum tawaran gencatan senjata dipertimbangkan
- Najib umum tambahan lima batalion anggota pasukan keselamatan untuk ditempatkan di kawasan keselamatan khas di timur Sabah
- Najib berkata Op Daulat akan diteruskan sehingga penceroboh di
Sabah meletakkan senjata tanpa syarat.
- Perdana Menteri beri amaran kepada mana-mana pihak jangan
pandang ringan iltizam rakyat dan kerajaan mempertahankan bumi Sabah sebagai
sebahagian dari Malaysia selama-lamanya.
7 Mac (5.30 petang) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
berkata seorang musuh terbunuh dalam Op Daulat di Tanjung Batu semalam manakala
31 lagi, termasuk seorang berpangkat jeneral terbunuh hari ini.
7 Mac - Sehingga pukul 7 petang, seramai 52 penceroboh maut sejak
insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna.
0 Komen