Memang Sejak Hari Pertama Jadi MB Selangor..... Khalid Berseorangan, Dipinggir Azmin & PKR Selangor



Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) Selangor hari ini menyifatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menjalankan tugas sendirian sejak hari pertama bertugas sebagai Menteri Besar Selangor, tidak bersama Azmin Ali dan PKR negeri.

Pengerusinya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, kita memang tahu memang krisis dalaman ini, krisis Khalid-Azmin memang sudah lama berlaku. Menag dari awal Khalid diberikan tanggungjawab menjadi MB, kita nampak memang dalam banyak isu-isu, memang Khalid bersendirian.

“Yang saya nampak kadang-kadang bersama Khalid pun ialah Teresa Kok, Ronnie Liu dan segelintir sahaja pemimpin pakatan negeri. Saya nampak sebenarnya inilah kenyataan yang rakyat Selangor kena lihat bahawa hari ini kerajaan pakatan ini terlalu rapuh, sesama mereka sendiri pun mereka tidak boleh bekerjasama apatah lagi ketika Khalid dan kerajaan negeri berhadapan dengan isu-isu dan saman demi saman terhadap mereka, Khalid Ibrahim memang berhadapan sendiri masalah ini.

Ini membuktikan kegagalan Khalid Ibrahim untuk menunaikan janji memang satu perkara yang cukup serius kepada rakyat negeri Selangor. Mungkin mereka rasa mereka boleh terlepas daripada janji-janji manifesto mereka, sehingga desakan demi desakan, akhirnya Khalid Ibrahim terpaksa memberitahu kepada rakyat bahawa manifesto bukan satu janji,” ujarnya dalam sidang media di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, Pemuda BN Selangor berharap agar rakyat Selangor tidak tertipu buat kali kedua, kerana buku Jingga dan manifesto terbaru pakatan ini adalah satu perkara yang bukan janji, satu benda yang dibuat sekadar menyedapkan telinga yang mendengar sahaja.

Dalam perkembangan berlainan, Pemuda BN Selangor akan mengadakan Pusingan Akhir Kejohanan Bolasepak Warga Industri Piala Perdana Menteri pada 24 Mac (Ahad) ini di Padang Bukit Jelutong yang akan menampilkan 44 pasukan terbaik dari setiap kawasan Parlimen Selangor.

“Inilah peluang terbaik buat Pemuda BN untuk mendekatkan diri bersama dengan warga industri dari negeri Selangor ini, yang menampilkan hadiah wang tunai berjumlah RM16,000,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO negeri Selangor. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment