Najib Bubarkan Parlimen Petang Ini, 27 Mac 2013 ??

Pic kereta PM keluar Istana Negara yang telah menimbulkan pelbagai spekulasi
pembubaran Parlimen minggu lepas... Pagi nie pasti akan ada lagi pic yang akan dijadikan bahan ....  Korang percaya tak??


Hahaha ….hakikatnya, semua menunggu masa pembubaran Parlimen oleh YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak ….. berbagai-bagai spekulasi telah dibuat, bukan sejak kebelakangan nie, malah rasanya dah dua tahun – berbagai-bagai tarikh diberikan untuk Pak Najib bubarkan Parlimen…..

Antara 11 11 11 (11 Nov 2011) …. Kononnya no 11 nie nombor feberet Najib. *** ada pemimpin puak sana kata tak nak bubar sebab penggal belum berakhir….. ***

Hahaha…. Dua minggu nie, setiap hari Rabu kawan-kawan photografer menunggu di Istana Negara untuk mengambil gambar kereta PM keluar masuk Istana untuk berjumpa YDP Agong…. Konon-kononnya untuk dapat perkenan membubarkan Parlimen…

Aku yakin, pagi nie sekali lagi kawan-kawan akan menunggu seawal subuh, rasanya lalat belum fly pun….depa dah setia menunggu untuk memastikan tidak terlepas merakam pic terkini untuk dijadikan ‘sandaran’ dan bukti bahawa Najib jumpa Agong untuk bubarkan Parlimen…..

Spekulasi Najib dah sign segala dokumen penting dalam LIMA 2013 di Langkawi semalam (Selasa) untuk membolehkan beliau membubarkan parlimen dan perjanjian yang dibuat di LIMA sah kerana Najib bukan PM sementara (jika bubar parlimen, kerajaan yang ada adalah kerajaan sementara, maka segala perjanjian atau MOU yang dibuat…. TAK SAH)

Malah ada sumber-sumber mengatakan bahawa selepas bubar Parlimen hari nie, BN akan mengumumkan pula Manifesto BN untuk PRU13 pada hari Sabtu ini di PWTC dan pengumuman calon BN akan dibuat Selasa depan …..

Apapun…. Ini semua adalah andaian yang dibuat….. aku tak kisah pun bila nak bubar kerana yang penting bagi aku, seluruh jentera BN dari peringkat akar umbi sudah bersedia sepenuhnya bagi memastikan BN menang dengan selesa selain merampas semula negeri-negeri yang telah menjadi jajahan kerajaan PR sejak 8 Mac 2008.

Sahabat aku Johan Yami menulis dalam FBnya baru-baru nie ……

“suatu ketika dulu apabila ura2 wujudnya pembubaran parlimen akan berlaku maka wujudlah tidak akan bubar DUN kerana tempoh DUN adalah 5 tahun dan perlu sampai kepada tarikh pembubaran automatik. Akan tetapi apabila sampai penghujung maka wujud pula fitnah mengatakan org Penakut, Bacul dan sebagainya. Masyaallah...Subhaanallah.. Na'uzubillahiminzaliq... mohon perlindunganMu Ya Allah dari sifat munafik sedemikian...”


*** dulu, depa gak yang gah kata tak nak bubar DUN bersama BN di peringkat pusat, sekarang nie puak-puak nie juga yang menyalak kata BN bacul nak bubar Parlimen .......

*** hakikatnya, aku bukan PM, maka tajuk di atas hanya sedapkan cerita.... analisa nie sajer suka-suka sebab korang pasti akan buat jugak pagi nie .... cuma menunggu pic kawan-kawan photo - kereta Najib keluar Istana Negara jer kan ..... 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment