Pencerobohan oleh penganas Sulu ke atas kedaulatan negara di Lahad
Datu, Sabah menyerlahkan sikap khianat dan bermuka-muka pemimpin-pemimpin
pembangkang.
Dalam keadaan keselamatan negara berada diancam bahaya oleh anasir
luar mahu menghancurkan Malaysia, pemimpin seperti Naib Presiden PKR
mengeluarkan kenyataan yang menghina anggota keselamatan yang terkorban.
Bukan sahaja ia tidak sensitif dan tidak berperikemanusiaan, malah lebih dahsyat ia membayangkan pihak pembangkang akan sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa termasuk melemahkan semangat dan imej perajurit negara.
Mereka juga rela bersekongkol dengan musuh luar dengan tujuan
untuk bekerjasama menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah dan merampas kuasa politik.
Dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, pembangkang cuba menangguk
di air keruh untuk mendapatkan sokongan undi dan sokongan dengan mempolitikkan
isu keselamatan negara.
Secara sedar dan terancang mereka sengaja memburuk-buruk imej
pasukan keselamatan negara yang bertungkus lumus dan bertarung nyawa untuk
menyelamatkan negeri Sabah daripada terus diserang pengganas.
Pembangkang sebenarnya menggunakan psikologi untuk melemahkan semangat
juang perajurit supaya kumpulan penganas mampu mengatasi mereka.
Tidak keterlaluan jika dikatakan pembangkang adalah tali barut
yang menjadi musuh dalam selimut untuk menggugat kedaulatan negara.
Tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membuat pertemuan sulit
dengan Nur Misuari, pemimpin kumpulan pemisah Filipina, MNLF adalah bukti
bahawa pembangkang bukan sahaja tidak menunjukkan taat setia kepada raja dan
negara malah melakukan pengkhianatan.
Pengkhianat seperti Anwar dan Tian Chua tidak boleh dimaafkan sama
sekali dan hukuman setimpal seberat-beratnya juga tidak mampu menghapuskan dosa
pengkhianatan mereka.
Tindakan pihak polis mendakwa Tian Chua di mahkamah atas tuduhan menghasut berhubung kenyataan menghina beliau adalah suatu yang tepat dan kena pada masanya.
Rakyat Malaysia yang sayangkan keamanan dan mahu melihat negara
terus makmur dan maju dalam keadaan yang stabil sudah tentu tidak akan dapat
menerima apa yang telah dilakukan oleh ahli parlimen Batu itu.
Sejarah perjuangan politik Tian Chua penuh dengan pengkhianatan
dan onar yang mengancam negara.
Bermula dengan tindakan beliau memfitnah Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak melalui gambar bersama wanita Mongolia, Altantuya
Shaariibuu melalui teknik photoshop, ahli politik pembangkang ini terus
memporak peranda politik negara.
Beliau juga pernah dituduh mencederakan anggota polis yang sedang
menjalankan tugas dan mahu menunjukkan hero dengan berbaring di hadapan trak
FRU ketika rusuhan reformasi di Dataran Merdeka dahulu.
Politik Tian Chua dan pemimpin pembangkang adalah bersumber
sekolah dan ideologi politik yang menjahanamkan negara.
Mereka berselindung disebalik slogan-slogan yang nampak secara
luaran amat baik dan luhur.
Dengan menggunakan istilah yang berhubungkait dengan rakyat,
pembangkang sebenarnya menunggang rakyat yang tidak berdosa dan jahil mengenai
agenda politik mereka yang bermotifkan kejahatan.
Umpamanya, Nurul Izzah, anak Anwar yang juga kawan baik Tian Chua
dan seorang lagi Naib Presiden PKR pernah mencetuskan kontroversi yang memutar
belitkan ayat Al-Quran mengenai murtad.
Pembangkang bergerak untuk melemahkan kerajaan dan pentadbiran
negara dalam semua bidang bukan sahaja politik.
Ini termasuk agama, sosial, pendidikan, kenegaraan dan juga
isu-isu yang menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu di sisi Perlembagaan.
Anwar kerap ke Sabah selepas menjadi Ketua Pembangkang dengan
menimbulkan pelbagai isu berkaitan hak-hak negeri itu dalam gagasan Malaysia
dengan tujuan untuk mewujudkan keadaan gelisah dan marah di kalangan rakyat.
Anwar menjanjikan macam-macam gula-gula politik untuk menarik
rakyat Sabah menyokongnya termasuk tawaran meningkatkan royalti minyak daripada
5% kepada 20%.
Terakhir pembangkang menimbulkan isu pendatang asing dan kerajaan
mengambil langkah pro-aktif dengan menubuhkan suruhanjaya siasatan untuk
menangani masalah tersebut.
Namun Anwar dan pemimpin pembangkang lain menggunakan isu itu
untuk menyerang kerajaan.
Akhirnya apabila berlaku pencerobohan penganas Sulu, terdedah
siapa sebenar pengkhianat dan dalang merancang pencerobohan tersebut.
0 Komen