Pembangkang Biadap Kaitkan UMNO Dalam Insiden Pencerobohan Di Sabah


Kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang mengaitkan pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna baru-baru ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan biadap. Dah namanya pun pembangkang, jadi apa yang kerajaan buat  bagi mereka ini semuanya tak betul, tapi apa jadi kalau peristiwa kehilangan anggota keluarga ini terjadi kepada kaum keluarga mereka sendiri, ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, YB Kapt (B) Dato Hj Mohd Najmuddin Elias.

“Barangkali mereka tidak memberikan sokongan kerana mungkin tiada anggota keluarga mereka yang terlibat. Cuba bayangkan perasaan balu, perasaan anak yang kehilangan ayah, dibunuh oleh penceroboh.

Kita merasai kesedihan balu dan keluarga mangsa (anggota keselamatan) yang menjadi mangsa kepada pembunuhan kepada tentera penceroboh. Saya ingin menasihatkan mereka khususnya pihak pembangkang biarlah kita berpoilitik secara profesional, jangan semata-mata ingin menawan Putrajaya, demi pangkat, demi kedudukan dan demi kuasa, kita merendah-rendahkan orang lain,” mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mengatakan kejadian tembak-menembak sehingga mengorbankan anggota pasukan keselamatan negara merupakan satu konspirasi UMNO untuk menakut-nakutkan rakyat.
                                                                                             
Hakikatnya, dah lama orang Melayu dipermainkan tetapi kita masih bersabar contohnya dalam isu kalimah Allah. Kalimah Allah ini adalah sesuatu yang suci, yang hak mutlaknya ialah orang Islam.

“Namun apabila pakatan DAP-PKR-PAS ini menunjukkan satu gabungan mereka menyokong penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible, di mana perasaan orang Islam ketika itu?

Kalau tidak ada langsung rasa sensitif kalimah Allah ini dipermainkan, di mana Islam orang itu ketika itu? Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari Islam.

Jadi mereka boleh mengeluarkan perkataan yang macam-macam, konspirasi, sandiwara, ini melibatkan lapan nyawa masih boleh dikatakan sandiwara lagi?,” ujarnya lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta rakyat menilai perkara ini sedalam-dalamnya, jangan cepat terpengaruh dengan dakyah-dakyah pihak pembangkang ini yang semata-mata mahu memporak-perandakan kita.

“Saya juga merasakan bahawa pihak polis harus mencari dalang dari akar umbi, kalau betul ada di kalangan pemimpin pembangkang yang menyokong pencerobohan ini, sepatutnya tindakan yang paling maksimum dikenakan kepada mereka yang terlibat kerana ini merupakan maruah agama, negara dan bangsa kita,” tambahnya lagi.  
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment