Kenyataan bekas timbalan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul
Ghafir Abdul Hamid mendakwa seolah-olah kerajaan cuba mempolitikkan isu
pencerobohan ini dan dilihat gagal menekankan keselamatan negara jelas
membuktikan dirinya pengkhianat negara.
Sepatutnya selaku veteran bekas timbalan tentera yang sudah lama
berkhidmat dan menabur bakti demi mempertahankan tanahair yang tercinta ini,
Abdul Ghafir seharusnya berfikiran rasional dan matang memberi teguran dan
nasihat membina.
Tindakan beliau menuding jari menyalahkan kerajaan
sewenang-wenangnya secara tidak langsung memperlihatkan kedangkalan serta
sifatnya bermotifkan dendam kepada kerajaan semata-mata.
Selepas menyertai PKR baru-baru ini, tindak tanduk serta kenyataan
juga jelas mencerminkan watak peribadi Abdul Ghafir yang sebenar iaitu seorang
yang rakus, tamakan kuasa serta pangkat, kemungkinan namanya tersenarai sebagai
calon dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Dalam sidang media di ibu pejabat PKR baru-baru ini, bekas
timbalan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid berkata
kegagalan pasukan perisikan negara mengesan kemasukan penceroboh Selatan
Filipina di Lahad Datu menyebabkan anggota keselamatan negara terkorban.
Menurutnya, insiden pencerobohan di Sabah dapat dikekang lebih awal sekiranya pasukan itu memberi tumpuan kepada keselamatan negara berbanding isu tempatan.
Menurutnya, insiden pencerobohan di Sabah dapat dikekang lebih awal sekiranya pasukan itu memberi tumpuan kepada keselamatan negara berbanding isu tempatan.
Beliau yang kini ahli PKR mendakwa Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP)
lebih memberi tumpuan kepada isu politik tempatan berbanding mendapatkan
maklumat mengenai ancaman luar.
"Saya ingin menegaskan disebabkan kegagalan ini, kebertanggungjawaban itu tidak boleh diambilkira, kalau kita semua rasa kalau ini yang perlu dijelaskan, mereka perlu jelaskan," katanya kepada pemberita.
Mengulas lanjut, Abdul Ghafir selain itu mendakwa seolah-olah kerajaan cuba mempolitikkan isu pencerobohan ini dan dilihat gagal menekankan keselamatan negara.
"Kita tidak sepatutnya...arahan politik diberikan, sepatutnya ada arahan yang jelas datang daripada operasi, politik tidak boleh masuk campur dalam urusan keselamatan negara," katanya yang merujuk kepada Amerika Syarikat yang tegas dalam soal keselamatan dan ketenteraan.
Difahamkan, Kerajaan melancarkan Ops Daulat pada 2 Mac lalu setelah beberapa anggota keselamatan negera terbunuh dalam serangan hendap di Kampung Tanduo.
Setakat ini seramai 57 orang penceroboh bersenjata Sulu yang diketuai oleh Agbimuddin Kiram berjaya dibunuh manakala 9 anggota keselamatan terkorban.
Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai Sultan Sulu menuntut hak sebahagian daripada Sabah.
Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengingatkan agar pemimpin pembangkang tidak membuat andaian berhubung tindakan yang dilakukan oleh tentera dan polis terhadap kumpulan penceroboh tersebut.
Najib menyelar pihak tertentu terutama pemimpin pembangkang yang mendakwa
tindakan mempertahankan kedaulatan negara dari peceroboh bersenjata Sulu
sebagai 'sandiwara UMNO'.
Polis beri amaran individu hina, persenda pasukan keselamatan
negara dikenakan tindakan undang-undang
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu
Bakar memberi amaran terhadap individu atau pihak yang menyebar dan membuat
sebarang ulasan negatif mengenai tindakan pasukan keselamatan negara.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, Khalid
menegaskan arahan telah dikeluarkan supaya mengesan individu yang mengeluarkan
kenyataan yang mencerca dan menghina tindakan pasukan keselamatan kita ini.
Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada kenyataan Naib
Presiden PKR, Tian Chua memperlekehkan pasukan keselamatan negara yang sedang
bertarung nyawa untuk hapus penceroboh bersenjata Sulu.
"Ini satu perbuatan yang amat keji. Jadi saya minta hentikan
sebarang 'statement' yang menghina, mempersenda dan memperlekeh apa jua
tindakan keselamatan negara kita kerana kita akan menjejaki mereka sehingga
dapat," katanya.
Jelasnya, polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau semua laman web dan media sosial bagi
mengenal pasti mereka yang terlibat.
Susulan itu, Khalid memberitahu polis sudah membuka dua kertas
siasatan berhubung perbuatan memperlekeh pasukan keselamatan
Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Peguam Negara bagi
menentukan tindakan berdasarkan undang-undang yang akan dikenakan terhadap
mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan
itu.
"Biar kita berunding dahulu dengan pihak Peguam Negara untuk
siasat kes ini di bawah Seksyen 130 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah
Khas) 2012 (SOSMA 2012) dan Kanun Keseksaan," katanya.
0 Komen