POLIS SAHKAN SEORANG PENCEROBOH MATI DIBELASAH OLEH PENDUDUK KAMPUNG





LAHAD DATU, 3 Mac-- Polis mengesahkan seorang lelaki bersenjata
M16 yang maut dibelasah penduduk Kampung Senallang Lama, Semporna adalah seorang
daripada anggota kumpulan penceroboh bersenjata yang menyelinap masuk ke
negara ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata siasatan polis mendapati
penceroboh itu merupakan seorang lelaki berbangsa Sulu dan berumur 60-an.
Lelaki itu yang turut membawa pelancar roket menyelinap masuk melalui jalan
pantai ke Kampung Senallang Lama kira-kira pukul 5 pagi, katanya pada sidang
akhbar di Residental Falda Sahabat kira-kira 30 kilometer dari sini hari ini.
Beliau berkata penceroboh itu telah mengarahkan kira-kira 80 penduduk
kampung berkenaan untuk keluar berkumpul di satu kawasan lapang berhampiran
sebuah surau dan menjadikan mereka tebusan.
"Ekoran itu, 20 pemuda kampung telah bertindak dengan menyerang dan
menangkap lelaki itu sebelum memukulnya hingga mati.
-- LAGI

CEROBOH-INDENTITI 2 (AKHIR) LAHAD DATU

"Pada saya, tindakan itu walaupun dari segi undang-undang nampak salah,
tetapi kita perlu ingat mereka dianggap tawanan. Mereka mengambil tindakan balas
untuk menyelamatkan diri," katanya.
Sementara itu, Hamza berkata polis dengan kerjasama Angkatan Tentera
Malaysia sedang menyediakan perincian akhir sebelum mengambil tindakan drastik
terhadap kumpulan penceroboh yang masih enggan menyerah diri.
Beliau berkata walaupun pihaknya sudah menjatuhkan risalah tapi mereka masih
 enggan menyerah diri.
"Setakat ini tiga anggota kumpulan penceroboh itu ditahan ketika cuba
keluar dari kawasan kawalan di kampung Tanduo. Dua daripada mereka ditahan
semalam dan seorang lagi ditahan pagi ini," katanya.
Beliau berkata tiga lelaki itu adalah anggota kumpulan berkenaan yang
pertama ditahan oleh pasukan keselamatan selepas mereka menceroboh kampung itu
yang kini masuk hari ke-20.
Hamza turut mengulangi ingatannya kepada orang ramai khususnya penduduk
negeri ini supaya tidak mudah percaya dengan khabar angin tanpa pengesahan
daripada sumber rasmi.
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment