Entah mengapa, bila menatap gambar ini di FB Kelab Penyokong Polis
Di Raja Malaysia, air mataku mengalir sendiri tanpa dipaksa.
Sayunya hatiku melihat kegigihan perwira negara yang meninggalkan
Anak dan Isteri demi mempertahankan Negara yang tercinta ini daripada ancaman
dan serangan musuh. Bersyukur lah kita hidup di sebuah negara yang masih ramai
lagi rela untuk mempertahankan tanah air yang tercinta ini.
Jom kita berdoa untuk diri kita dan Pahlawan kita diperbatasan..
Al-Fatihah...
BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM"
ALLAH HUMMA SOLLI 'ALA SAIYIDINA MUHAMMADIN NIN NABIYIL UMMIYI WA
'ALA ALIHI WA SOHBIHI WA SALLIM
Tuhan, maafkan aku jika sering mengeluh.
Bimbinglah aku untuk selalu bersyukur atas rahmatMu.
Hindarkan aku dari mara Bahaya,
Murahkan rezekiku,
Jadikan aku kepada Saorang yang sentiasa melihat kebaikan orang
lain bukan keburukan mereka..
Engkau Lindungilah pahlawan Negara yang sedang bersabung Nyawa
untuk mempertahankan Kedaulatan Agama MU, Bangsa dan Negara ini, Jika mereka
gugur di Perbatasan, Letakkan mereka di tempat yang tertinggi dan bersama para
syuhada,
Ya Rabb , Engkau Lindungilah Negara Kami,
Engkau Hancurkanlah Musuh musuh yang berada dikalangan kami yang
ingin menghancurkan Negara Kami,
Engkau tunjukkanlah KekuasaanMu agar mereka sedar bahawa Engkaulah
yang Maha Berkuasa.
Ameen Makbulkan lah Ya Allah.
0 Komen