“Showcase Anak Muda” Selami Luahan Anak Muda Selangor Yang Dipinggirkan



Beberapa isu yang berlegar di kalangan anak muda Selangor ialah isu perumahan dan peluang pekerjaan. Semenjak 2008 Kerajaan Negeri Selangor tidak mendekati anak muda bahkan dalam Majlis Belia Selangor mereka menganaktiri.

Pengerusi Sekretariat Anak Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd Zohdi berkata, bangunan yang dibina atas nama Majlis Belia Selangor dikenakan sewa sebanyak RM4,000 sebulan sedangkan di zaman kerajaan BN terdahulu memberikan insentif sewa percuma kepada para belia.

“Setiap hari pihak Majlis Belia Daerah dan Negeri menerima aduan terhadap isu perumahan dan peluang pekerjaan. Menyedari masalah-masalah yang timbul Majlis Belia Selangor mengambil inisiatif mengadakan Showcase Anak Muda dengan pendekatan santai dan membantu para belia terhadap isu perumahan dan peluang pekerjaan.

“Tujuan lain program ini ialah menjalin rangkaian dengan belia berpersatuan dan belia perseorangan,” ujarnya dalam satu sidang media di sini.

Tambahnya, sebanyak 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada anak muda lepasan SPM dan mahasiswa. Sebanyak 30 syarikat swasta bersetuju untuk mencari calon pekerja.

Maklumat berkaitan dengan rumah PR1MA dan skim perumahan SPNB akan diedarkan kepada para pengunjung.

“Untuk fokus Palestine dan Lahad Datu – Tayangan Khas Kembara Palestine akan diadakan. Kutipan Tabung Gaza menerusi cabutan bertuah juga akan diadakan dengan hadiah motor EX5, Blackberry dan Basikal Fixie.

Aktiviti Lain yang dijalankan ialah pertandingan mewarna untuk Tadika & Pra Sekolah, Pentandingan Masakan dan Gubahan – Beliawanis, Futsal dan Tarik Tali – Anak Muda JKKKP Kavadi Fun Ride – Berbasikal Tour Sungai Besar,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar.

Tambahnya, artis Jemputan pada malam tersebut ialah Nasyid Mestica, Band Al Farabi dan kemuncak oleh Lagenda Rock Ramli Sarip.

Dijangkakan seramai 10,000 orang akan mengunjungi Showcase ini khusus untuk anak muda di zon Selangor Utara
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment