Sultan Selangor Kesal Nazir, Imam Benar Ceramah Politik Di Masjid


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan tindakan nazir dan imam yang masih membenarkan ceramah berunsur politik diadakan di masjid serta surau di negeri ini.

Baginda mendapat laporan terdapat 26 masjid serta surau tidak menghiraukan arahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang melarang perkara itu.

"Beta mendapat laporan terdapat 26 masjid dan surau yang masih membenarkan ceramah berunsur politik diadakan.

"Beta mengetahui nama masjid dan surau tersebut serta ahli jawatankuasanya, dan Beta amat kesal serta dukacita dengan nazir dan imam yang masih membenarkan perkara ini berlaku," titah baginda semasa merasmikan Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong malam ini.

Sultan Selangor turut melarang umat Islam menjadikan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik bagi mengelak pepecahan ummah.

"Tujuan beta melarang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik adalah untuk memastikan supaya masyarakat Melayu tidak berpecah belah dan berpuak-puak yang akhirnya akan memusnahkan bangsa Melayu dan agama Islam itu sendiri," titahnya.

Pada majlis itu, Sultan Sharafuddin turut berkenan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, yang dinamakan sempena nenda baginda, dikategori sebagai Masjid Diraja.

Baginda turut mengingatkan anggota jawatankuasa masjid itu agar sentiasa bersikap amanah, profesional dan bekerjasama dalam memakmurkan masjid berkenaan.

Masjid Tengku Ampuan Rahimah, yang boleh memuatkan 4,000 jemaah, mula dibina pada Mei 2010 dengan kos RM22.5 juta melalui pembiayaan bersama iaitu wakaf khas Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj, kerajaan Selangor, Sime Darby Property Bhd, anggota kariah masjid dan penduduk setempat.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

7 Komen

  1. Anonymous
    12:10 AM

    Jumaat yang lepas...di masjid Ampang Tasik pun berkhutbah bab politik..Naik muak nak ke Masjid.

  2. Anonymous
    12:35 AM

    Bukan apa Tuanku, baghal2 dalam PAS ni tak peduli langsung pada arahan sesiapa maupun dari pihak Istana, pada mereka memenuhi kehendak politik songsang mereka adalah satu kepuasan mau pun jemaah tak semua nya setuju, pada mereka semua nya betul orang lain semua nya salah.Buang daerah aja Nazir2 dan AJK nya sekali atau lucutkan saja jawatan yang mereka pegang sekarang, dan selama ini pun mereka cukup bermegah dengan jawatan masing2. Tuanku jangan beri surat Tauliah lagi pada semua nya. Tunggu BN dan UMNO akan merampas semula selepas PRU13 ni, biar parti PAS terus jadi HAMPAS aja nanti, Daulat Tuanku.....

    Saniy,S.alam.

  3. Anonymous
    2:18 AM

    Tuanku harus bersabar utk sementara sehingga baghal2 politik tersebut sedar diri selepas pru13 ni. Daulat tuanku

  4. Anonymous
    7:52 AM

    Setuju dgn tuanku..

    Insya allah selangor akan kembali kepada BN lepas PRU 13 nanti.

    kita akan buat yg terbaik utk Selangor dan Malaysia.

    mereka perlu tunggu 50 tahun lagi kalau nak menang di selangor.

  5. Anonymous
    10:56 AM

    Kononya tidak boleh berpolitik didalam masjid, tetapi umno menggunakan mesjid utk meracuni org ramai supaya membenci kerajaan Selangor dng kesalahan yg di reka2,

    Inn sya Allah BN tdk akan berjaya menawan Selangor, krn BN gagal menjadi kerajaan yg bertanggung jawab di peringkat pusat, BN memerintah dng tidak adil dan akan di hukum di PRU ke 13 ini nanti.

  6. Anonymous
    1:43 PM

    UMNO tak pernah berpolitik dlm masjid dari dulu sampai sekarang baghal2 ni aja yang menunjuk nunjuk dan berceramah dengan keizinan AJK mereka, mungkin penulis diatas kurang melihat dan mendengar mungkin dari jauh je tu..
    Kempunan lah PAS dan PR nak memerintah Selangor lagi, tak ada apa yang dibuat memuaskan hati warga Selangor, bagi hancur bolehlah....

  7. Anonymous
    1:57 AM

    kalau bn dpt sngor best arr,rizab negeri ada 2billion,untung ler sape jd mb nnt

Post a Comment