Suri Rumah Mula Menuntut Janji PRU Pakatan Rakyat Selangor



Zalim !!!!, Pembohong !!!!, Penindas !!!!...Penipu !!!!.....Pembelit !!!!....... inilah gelaran yang layak digelarkan kepada kerajaan pakatan Khalid di Selangor ini.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS, Dato Sohaimi Shahadan berkata, kerajaan Pakatan PKR Selangor sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita politik mereka dengan menipu rakyat Selangor melalui janji janji manis didalam Manifesto yang pastinya tidak dapat mereka tunaikan.

“Sudah hampir 5 tahun memerintah negeri Selangor, kebanyakan janji tidak dapat dilaksanakan, malah mana mana yang kononnya telah dilaksanakan pun diputar belitkan hingga tergamak menyatakan manifesto pilihanraya bukan janji untuk ditunaikan.

Dalam kenyataan terbaru Kerajaan Pakatan Khalid semasa melancarkan manifesto baru Pakatan untuk PRU13 mengatakan bahawa manifesto lamanya itu telah lebih 90% tertunai. Ini sesungguhnya amat mengelirukan rakyat dan satu pembohongan besar telah dilakukan,” ujarnya selepas bersama dalam satu demostrasi aman kumpulan suri rumah yang menuntut elaun khas suri rumah sepenuh masa.

Perasaan dan harapan suri-suri rumah sanggup dipermainkan dengan janji mahu diberi elaun khas hanya kerana mahu meraih sokongan dan undi ketika pilihanraya yang akhirnya hanya janji janji kosong semata mata.

Ada 5 kategori Manifesto PRU12 mereka iaitu perihal Urustadbir Berwibawa, Sosial dan Kebajikan Rakyat, Kesihatan Rakyat, Ekonomi Rakyat dan Keselamatan Rakyat yang berjumlah lebih 30 janji janji.

“Amat mengejutkan hampir semua tidak dapat ditunaikannya. Mana mana janji yang ada dijalankan itu pun tidak sempurna dilakukan saperti perbuatan melepaskan batuk ditangga.

Pada hari ini suri suri rumah (ada  lebih kurang 500,00 orang di Selangor ini) bersama dengan NGO NGO prihatin dengan ini menuntut pembayaran elaun tersebut sebagaimana yang dijanjikan didalam manifesto dahulu agar ditunaikan dan kami memberi NOTIS TUNTUTAN ini dalam tempoh seminggu atau seluruh suri suri rumah dinegeri Selangor ini akan membawa isu ini ke mahkamah,” tambahnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang

Sent from Yahoo! Mail for iPhone
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment