Tian Chua Biadap: Soal Keselamatan Negara Bukan Untuk Dipolitikkan



Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sudah biasa mengeluarkan kenyataan-kenyataan dilihat `lepas cakap’ dan `ikut sedap mulut’ dia sahaja selain tidak berlandaskan fakta, termasuk kenyataannya baru-baru ini bahawa insiden tembak-menembak yang di Lahad Datu baru-baru ini sehingga mengorbankan dua anggota polis merupakan satu konspirasi UMNO dengan tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat.

Ketua UMNO bahagian Tanjong Malim, Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib berkata, semua orang tahu bahawa soal keselamatan negara ini bukanlah soal yang boleh dipolitikkan.

“Takkanlah kita nak jemput orang dari luar datang untuk menceroboh negara kita, kemudian kita anggap itu satu konspirasi Barisan Nasional untuk menarik sokongan rakyat, kononnya Datuk Seri Najib akan ke Lahad Datu dan Semporna, dengan hanya satu perkataan, maka selesaikan masalah itu, nampak seolah-olah Tian Chua memang mengharapkan ianya satu tindakan BN sebagai satu konspirasi khususnya dalam menghadapi pilihanraya.

Kita pun tahu sempadan Sabah begitu luas dan saya pasti  penceroboh-penceroboh itu masuk melalui kawasan-kawasan yang tidak mendapat kawalan kerana kawasan sempadan Sabah itu terlalu panjang. Ianya cukup luas,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Slim.

Tambahnya, apa yang dilakukan oleh Tian Chua ini adalah semata-mata kerana dalam pemikiran dia, apa sahaja yang berlaku merupakan satu konspirasi BN.

“Kalaulah ianya konspirasi, takkanlah sampai anggota keselamatan kita terkorban dalam kes di Lahad Datu dan Semporna. Apa yang dinyatakan oleh Tian Chua ini adalah satu sikap yang cukup tidak bertanggungjawab dari seorang warganegara yang semata-mata  menganggap satu-satu peristiwa itu adalah dibelakangnya konspirasi politik  dan perkara ini amat mengecewakan rakyat di seluruh negara khususnya ahli keluarga anggota yang terkorban.

Apa yang dikatakan Tian Chua sudah pasti lebih merupakan satu kenyataan politik yang tidak berasaskan kepada fakta dan niat kita untuk mempertahankan negara,” tambahnya.   
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    12:33 AM

    Sdra Sahabat GUNUNG,izin kan saya,

    Pagi tadi saya ke pasar untuk beli lauk tengah hari,
    Ramai ,hampir 90 % terdiri dari pendatang tanah sebarang dan dah lama berniaga.
    Mereka macam make du no aja, tapi nampak ada tension sikit bila saya bernual dengan orang tempatan keturunan india .
    mereka dengan emosi tunjuk marah terrhadap insden yang mencabut nyawa 8 orang PDRM.
    Mereka frus sedih dan terpingga mengapa bolih jadi sampai nasi jadi bubur, dan tidak faham sikap pemerintah kita yang sangat baik kpd pendatang kian lama.
    Mereka geram pemerintah labat ambil tindakkan kapada pencerob yang telah membunuh.
    Saya ta dapat jawab, sebab, kat pasar tak bolih cerita panjang lebar, dan ini hal pemerintah yang ada kuasa ,daya, juga hak bertindak.

    ringkas nya , saya mohon izin sdra sampai kan kpd Najib :
    berhentikan segera; 1M inklusive engage liberal world view humanrights no isa,yer to demo, My govt cannot exclude any one dll. 1M4U. Tansformaci ,High income nation
    berhenti lah syiok sendiri.
    be a leader, bukan follower, berhenti ikut telunjuk orang barat.
    Jangan jadi neville chamberlain.
    Jangan jadi main game dan showman.
    Ini sudah real world.
    Wake up.
    Buktikan I am PM for all, all maana exclude penceroboh Sulu dan Moro!
    Akibat nak sangat slogan 1M, 8 sudah mati .Berapa lagi akan pergi ?

    Dan kapada mereka yang suka seronok buat demo, this is the time nak buat::
    NO TO SULU !!!!!!GET OUT!!!! DLLL punya demo.

Post a Comment