Aku Janji BN Praktikal, Realistik..... mampu ditunaikan dan ditepati.



EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Sohaimi Shahadan hari ini menyangkal dakwaan pembangkang dan menyifatkan kenyataan bahawa Barisan Nasional (BN) meniru manifesto Pakatan Rakyat (PR) sebagai  tidak berasas kerana 17 perkara yang diketengahkan dalam manifesto BN yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sangat berbeza dengan manifesto pembangkang.

“Dalam isu manifesto ini, kerajaan BN bukan kali pertama membentangkan manifesto, berbeza dengan pihak pakatan, kita (BN) buat aku janji ini setiap kali pilihanraya, kita laksanakan dan kita tunaikan.

Manifesto kita sangat relevan, praktikal dan realisitik. Apa yang penting, rakyat merasa janji-janji yang dibuat itu, ditunaikan, ditepati berbanding dengan manifesto yang dibuat oleh pakatan pembangkang, kita ambil contoh di Selangor, manifesto dibuat tetapi akhirnya Menteri Besar berkata, manifesto bukan janji,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.

Tambahnya, bila bentangkan manifesto mavam-macam perkara yang ada kat dalam itu, kebajikan, pendidikan, bantuan-bantuan dan pelbagai janji lagi tetapi semuanya tidak dilaksanakan, malah janji air percuma pun walaupun dibuat, namun tidak dilaksanakan sepenuhnya.

“Kita boleh membuat perbandingan antara manifesto pakatan pembangkang dengan akur janji BN. Apa yang dijanjikan oleh BN, tidak pernah tidak mengambil kira kebajikan dan kepentingan rakyat, malah kali ini kos sara hidup dijadikan sebagai asas dalam aku janji BN yang baru dilancarkan baru-baru ini.

Ini sesuatu yang sangat dinanti-nantikan oleh rakyat, berbeza dengan janji bulan dan bintang oleh pakatan pembangkang, PKR dan parti-parti yang sekutu dengannya,” ujarnya yang juga Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment