Antara yang menarik dalam penamaan calon semalam ialah berita
mengenai YAB Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah bakal berhadapan
dengan sepupunya, Mohd Fadzillah Mohd Ali di DUN Sungai Limau pada PRU-13. Mohd Fadzillah telah lama menempa nama
sebagai Arkitek yang berjaya di Alor Setar dan rumahnya juga tidak jauh dari
rumah kediaman Azizan sendiri di Jalan Sultanah iaitu rumah pusaka ibu mertua
beliau.
Lebih menarik ialah Mohd Fadzillah merupakan adik kepada Dato’
Mohd Fuad Mohd Ali yang juga Pegawai Kewangan Negeri Kedah. Dato’ Fuad telah pun berkhidmat dengan
kerajaan negeri sejak di zaman pemerintahan Barisan Nasional lagi. Perkhidmatannya disambung terus walaupun PAS
telah mengambil-alih negeri Kedah.
Walaupun Azizan dan Dato’ Mohd Fuad adalah sepupu, tetapi
perbezaan ketara di antara mereka adalah dari segi sikap dan keperibadian.
Keluarga Dato’ Mohd Fuad, termasuk adiknya Mohd Fadzillah,
terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santun. Mereka jarang sekali meninggikan suara yang
mana merupakan sifat yang amat bertentangan dengan Azizan. Mereka juga dikatakan antara ahli keluarga
Azizan yang tidak jemu berusaha memberi nasihat dan teguran atas segala
kepincangan pentadbiran negeri, tetapi sering diketepikan sahaja oleh
Azizan.
Mungkin atas kekecewaan kerana gagal menasihati abang sepupu merekalah
maka, Mohd Fadzillah bertindak menyahut cabaran menentangnya dalam PRU kali
ini.
Rakyat Kedah, secara umumnya sedia maklum bahawa kaum kerabat
Azizan rata-ratanya adalah penyokong UMNO.
Maka tidak hairanlah beliau mengambil pendekatan yang cukup mesra dengan
UMNO yang mana memeningkan kepala kepimpinan PAS.
Namun, kerana pendekatan yang samalah maka ramai di kalangan
rakyat Kedah berpendapat jika Azizan bijak mengurus negeri, maka soal UMNO atau
PAS sudah tidak penting lagi.
Silapnya Azizan ialah beliau tidak pandai mentadbir, enggan
mengambil peduli segala rungutan rakyat serta menafikan segala masalah yang
berlaku. Keangkuhan dan ‘egonya’ adalah
terlalu tinggi, sama seperti semua Ulama-ulama PAS yang lain. Akibat enggan mendengar nasihat, maka keadaan
ekonomi Kedah semakin hari semakin parah.
a
Keadaan ini menyebabkan ramai yang mula bangkit untuk menentang
beliau termasuk ahli keluarga sendiri demi untuk menyelamatkan negeri.
Dari segi ‘trend’, rakyat Kedah bukanlah jenis taksub seperti
Kelantan. Rakyat Kedah sukar dijangka
kerana apa saja isu mampu menukar fikiran mereka dengan sekelip mata. Walaupun secara umumnya, Kedah masih jauh ke
belakang dari segi sosial dan ekonomi, sekali gus mentaliti, tetapi itu
bukanlah ukuran kebijaksanaan dalam menentukan undi.
Rakyat Kedah hanya menginginkan pemimpin yang ikhlas dan berkelayakan
untuk membawa mereka ke hadapan.
Justeru, penampilan Mohd Fadzillah dari kalangan professional di kawasan
yang sekian lama dikuasai Azizan, untuk berhadapan dengan pengundi yang terdiri
dari ahli keluarga dan kaum kerabat mereka sendiri, mungkin mampu membuktikan
pendapat penulis mengenai sentimen sebenar rakyat Kedah yang sudah muak dengan
politik murahan.
Sedikit ‘gangguan’ yang mungkin berlaku ialah kewujudan dua calon
Bebas yang turut bertanding di kawasan berkenaan.
Walaubagaimanapun, kita yakin yang Mohd Fadzillah mampu menarik
hati pengundi dengan menawarkan mereka perkhidmatan yang lebih baik dan lebih
cekap dari apa yang mampu dilakukan oleh abang sepupunya.
10:14 AM
Kami sokong tok Jan..ehhh ! Silap kami sokong dan Undi Fazilah anak Ali Insuren....Hidop BN!
~~ ANAK JATI SG LIMAU~~~