BN Yakin Dapat Sokongan Walaupun Ramai Calon Bebas Dijangka Bertanding Di Selangor



Ramai calon Bebas dijangka bertanding di Selangor dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini ekoran dikatakan wujud rasa tidak puas hati mengenai pemilihan calon, namun Barisan Nasional (BN) yakin pengundi akan menyokong parti itu.

Antara kawasan disebut-sebut akan ditandingi calon Bebas ialah empat kawasan Parlimen iaitu Kuala Selangor, Kapar, Shah Alam dan Sepang, dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), Sementa dan Sri Andalas.

Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata pengundi sekarang bijaksana dan mereka akan memilih parti yang mampu menunaikan janji pilihan raya dan bukan sekadar hanya untuk memilih seorang wakil rakyat.

"Pengundi kini sudah boleh menilai dan saya sendiri yakin berdasarkan maklum balas, rakyat di Selangor telah bersedia untuk kembali kepada BN," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran Jentera dan Pengenalan Calon PRU13 Tanjong Karang di sini hari ini.

Noh yang juga penyandang kerusi Parlimen Tanjong Karang berkata pemimpin yang setia dan tidak pentingkan diri sepatutnya patuh pada keputusan pucuk pimpinan.

Beliau mengulas kenyataan beberapa pihak yang berhasrat bertanding sebagai calon Bebas pada PRU13 di Selangor.

Terdahulu, Noh berkata terdapat 10,000 anggota jentera BN dan 33 pusat
daerah mengundi di kawasan Tanjong Karang.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. memang betul, pengundi sekarang bijak untuk memilih wakil mereka tapi bukan dari cap dacing

Post a Comment