Calon-calon 'Pasukan Transformasi BN' Hadapi Saingan Sengit Di Hulu Selangor

Calon-calon 'Pasukan Transformasi BN' Di Hulu Selangor, dari kiri P. Kamalanathan (Parlimen Hulu Selangor), Mat Nadrazi Ahmad Dahlan (DUN Batang Kali), Datuk Rosni Sohar (DUN Hulu Bernam) & Jessi Oii (DUN Kuala Kubu Baru)



Mengejutkan…. Tidak siapa yang menjangka calon-calon BN akan menghadapi saingan sengit untuk mempertahankan tiga kerusi Dun dan Parlimen Hulu Selangor pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) ini, apabila tentangan yang datang dari segenap penjuru.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN, PKR dan dua calon Bebas.

penyandang, P Kamalanathan (BN) akan ditentang bekas Ketua MIC Cawangan Tanjung Malim, Perak, Datuk Seri Edmund Santhara Ramanaidu, selain calon dari parti PKR, Khalid Jaafar, serta seorang lagi calon Bebas yang merupakan ahli PKR, Radzali Mokhtar.

Bagi kerusi Dun Batang Kali, persaingan turut mempelihatkan pilihan BN dan PKR masing-masing ditentang ahlinya sekali gus menyaksikan pertembungan empat penjuru.

Calon BN, Mat Nadrazi Ahmad Dahlan menerima tentangan bekas Ketua Pusat Daerah Mengundi Sungai Buaya, Mustaf Talib, manakala calon PKR, Datuk Dr K Ramachandran ditentang Timbalan Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Mutapa Kamal Sapingi.

Di Dun Kuala Kubu Bharu pula, calon yang disebut-sebut untuk mewakili MCA sebelum ini, Yoong Tham Fook nekad menjadi calon bebas menentang pilihan bekas partinya, Jessie Ooi.

Tetapi, kerusi Dun ini tidak sunyi daripada menerima saingan calon-calon bebas apabila menyaksikan kehadiran dua lagi calon daripada parti PPP dan PKR yang akan memberi saingan kepada BN dan calon Dap, Lee Kee Hiong.

Bekas Pengerusi PPP Selangor, Pripal Singh Mender Singh dan S Nadarajah daripada PKR bertanding atas tiket Bebas.

Namun Datuk Rosni Sohar akan menghadapi persaingan satu lawan satu di DUN Hulu Bernam yang akan menentang calon dari parti Pas, Muhamad Idris Ahmad.

Sepanjang proses penamaan calon bermula jam 9 pagi tadi, semua calon dilihat tenang dan tidak putus-putus diterjah petugas media yang masing-masing bertanyakan soal kemampuan calon untuk menang.

Proses berakhir jam 11.40 pagi selepas pengumuman muktamad calon bertanding diputuskan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Hulu Selangor, Ahmad Zaharin.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment