Selama ini, DAP cuba menggambarkan imej parti mereka sebagai
bersih, berintegriti, cekap, bijak dan prihatin bukan sahaja terhadap rakyat,
tetapi juga alam sekitar. DAP juga
merupakan ‘juara’ dalam menentang kilang Lynas di Kuantan, kerana kononnya ia
mencemarkan alam sekitar dan membahayakan binatang dan manusia. Melalui sebuah organisasi yang diberi nama
Himpunan Hijau, DAP telah mengadakan demonstrasi termasuk kempen dengan cara
mogok lapar dan berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur kononnya bagi
membangkitkan kesedaran rakyat agar menentang Lynas.
Tidak cukup dengan itu, DAP juga menggunakan semua media-media
berbahasa Cina dan juga media milik pembanngkang untuk menyeru rakyat agar
menentang Lynas. Begitulah hebatnya DAP
memperjuangkan alam sekitar – kononnya.
Namun, akhir-akhir ini penentangan terhadap Lynas telah tidak
kedengaran lagi. Malah dalam beberapa
ceramah pembangkang, pemimpin mereka sendiri seolah-olah memberi isyarat yang
Lynas akan dibenarkan beroperasi jika PR menang.
Bukan itu saja, yang lebih mengejutkan, watak ‘hero alam sekitar’
dalam isu Lynas, iaitu Wong Tack, yang bertanding atas tiket DAP di Bentong,
kini terdedah sebagai seorang ‘perogol alam sekitar’.
Wong Tack merupakan seorang usahawan kelapa sawit. Syarikatnya, Marvellous Resources Sdn Bhd
telah lama mengusahakan kelapa sawit di atas 1,000 ekar tanah milik
keluarganya.
Jika mengikut piawaian alam sekitar yang diletakkan oleh Wong
Tack, DAP dan PR, maka perladangan kelapa sawit itu sendiri adalah salah. Ini kerana, ladang kelapa sawit yang sebegitu
luas merupakan antara sasaran pertubuhan alam sekitar antarabangsa yang
menganggapnya sebagai ancaman kepada habitat dan kehidupan Orang Utan yang
diancam kepupusan.
Pertubuhan Alam Sekitar menyalahkan kepupusan binatang itu atas
aktiviti perladangan kelapa sawit yang
memusnahkan hutan, iaitu habitat semulajadi Orang Utan. Adalah dilaporkan bahawa 90% daripada habitat
binatang itu di Asia Tenggara, terutama di Malaysia dan Indonesia telah
terhapus dalam masa 20 tahun kebelakangan ini.
Peralatan canggih dan aktiviti pembakaran untuk memusnahkan hutan dan
menyediakan batas tersusun untuk pokok-pokok kelapa sawit turut dikecam sebagai
mencemarkan alam sekitar.
Pertubuhan-pertubuhan ini juga menuduh aktiviti perladangan kelapa
sawit sebagai kejam kerana memaksa orang asli berpindah, atau bekerja di ladang
tersebut dengan gaji yang amat murah.
Selain itu, mereka juga menuduh bahawa perladangan kelapa sawit di rantau
ini sering menggunakan baja dari bahan kimia yang merbahaya.
Syarikat Wong Tack juga dikatakan pernah menerima amaran dari
Agensi Perlindungan Alam Sekitar kerana gagal menepati syarat dari segi
perancangan tanam semula dan penebangan kelapa sawit.
Dalam membela diri, Wong Tack menafikan bahawa beliau menggunakan
sebarang bahan kimia merbahaya di dalam ladangnya. Namun, penafian lisan beliau tentulah tidak
meyakinkan. Lebih-lebih lagi apabila
Wong Tack menyatakan yang beliau tidak pernah menyembunyikan hakikat pemilikan
ladang tersebut sedangkan pemilik ladang kelapa sawit rata-ratanya langsung
tidak tahu mengenainya. Menurut mereka,
laporan mengenai pemilikan ladang yang begitu luas oleh Wong Tack sebenarnya
adalah berita yang mengejutkan bagi mereka.
Jika benar beliau tiada apa-apa untuk disembunyikan, kenapakah tiada
siapa yang tahu mengenainya?
Nampaknya, setelah PR sendiri terbukti sebagai hipokrit dalam isu
alam sekitar di mana mereka mengambil sikap U-Turn dalam isu Lynas, kini, hero
alam sekitar mereka juga turut terbukti sebagai hipokrit tahap pertama kerana
beliau sendiri rupanya seorang perogol alam sekitar.
Mungkin Wong Tack perlu kembali saja ke Kanada di mana beliau
pernah mendapat taraf Penduduk Tetap di sana serta tinggalkan saja kerjaya
politik atau pelakon utama sebagai hero alam sekitar, kerana terbukti beliau
tidak layak pun bercakap mengenainya.
0 Komen