Damai Dalam Politik - Herman


Penyanyi popular 80an, Herman Tino melancarkan manifesto yang bertemakan 'Damai Dalam Politik', malam semalam.

Herman atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, melancarkan manifestonya di hadapan kira-kira 25 pengikutnya di kediamannya di Kampung Sungai Gulang-Gulang, di sini.

Difahamkan, Herman hanya mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menyiapkan manifestonya itu sebelum diedarkankan kepada penduduk Tanjong Karang.

Manifesto yang berteraskan Jambatan Kasih Sayang, Pendamaian Dalam Politik dan Menjaga Kemajuan dan Harta yang antara lain mahu mewujudkan hubungan kasih sayang yang lebih erat dalam masyarakat, persaingan sihat dalam berpolitik dan mengelakkan kemusnahan kemajuan yang dikecapi.

Herman berkata, bagi menyemarkkan lagi kempennya, dia tidak menolak kemungkinan akan menyanyikan lagu popularnya bagi mewujudkan suasana ceria dan harmoni.

"Ini (manifesto) adalah cetusan hati saya sendiri yang melihat senario politik semasa selain mahu melihat wujudnya kedamaian dalam politik.

"Saya juga tidak akan menyerang mana-mana calon ketika berkempen dan ini adalah pendekatan yang akan saya gunakan," katanya.

Herman kelmarin mengejutkan banyak pihak termasuk keluarganya sendiri selepas membuat keputusan untuk bertanding kerusi PerlimenTanjong Karang atas tiket bebas dan mencabar penyandang Datuk Seri Noh Omar dan Mohamad Rashdi Deraman dari PAS.

Sent from Yahoo! Mail for iPhone
Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment