Ibrahim Ali minta Che Johan tidak dihukum



Calon Bebas bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berharap Lembaga Disiplin UMNO mengkaji secara mendalam sebelum mengambil tindakan ke atas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang membuat keputusan tidak menghantar borang pencalonan kelmarin.

Ibrahim yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas berkata, Che Johan tidak mengkhianati UMNO kerana keputusannya itu adalah tepat demi memastikan Pas kalah di kawasan Parlimen tersebut.

Katanya, langkah tersebut juga adalah untuk membantu Barisan Nasional (BN) mendapatkan majoriti dua per tiga di Dewan Rakyat kerana peluang lebih cerah sekiranya pertembungan satu lawan satu antara beliau dengan Pas yang diwakili anak Mursyidul Amnya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

"Ini adalah satu perhitungan politik yang bijak walaupun terpaksa menghadapi risiko menghadap Lembaga Disiplin. Beliau (Che Johan) memberi tahu beliau reda kerana matlamatnya adalah untuk mengalahkan Pas," katanya kepada pemberita selepas berceramah di Kampung Kubang Benut, di sini malam tadi.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. LEMANG
    9:15 AM

    Perhitungan politik yang paling bijak yang patut dilakukan oleh Datuk Ibrahim Ali ialah mengundur diri dan membiarkan Che Johan yang mendaftarkan diri untuk bertanding pada Sabtu lalu kerana:

    1.Che Johan itu telah dilantik oleh BN untuk bertanding dan sahnya dia itu mewakili BN.

    2. Ibrahim Ali itu sahnya BEBAS dan boleh menghala kemana-mana selepas pilihanraya (kalau dia kalah ataupun menang).

    3. Pengunduran Ibrahim Ali boleh menyebabkan sokongan rakyat yang tidak terbelah-bahagi.

    Walaubagaimanapun, nasi telah menjadi bubur. Che Johan bakal berdepan dengan tindakan disiplin kerana telah melanggar disiplin parti itu sendiri. Saya sokong jika dia dipecat kerana membelakangkan kehendak parti. Selepas dia dipecat (sekiranya diambil secara positif), dia boleh terus BEBAS dan menyokong Ibrahim Ali dalam kempennya.

    Penggerak BN/UMNO Pasir Mas akan menjadi pasukan yang lumpuh kerana takde / tidak perlu kerja menjelang pilihanraya.

Post a Comment