DAP terkenal dengan kelantangan dan kelancangan mulutnya
menghentam kerajaan atas apa saja yang dilihat korup, kotor atau salah di mata
mereka. Di masa yang sama, mereka
mempromosi PR, khasnya DAP sendiri sebagai sebuah parti yang menjunjung segala
nilai murni yang tidak diamalkan oleh kerajaan BN.
Justeru, slogan Cekap, Amanah dan Telus dijadikan simbol
pentadbiran parti itu di Pulau Pinang.
Kononnya, pentadbiran kaum Cina lebih bersih dan professional berbanding
pemerintahan kaum Melayu. Dan kononnya
kaum Cina lebih bijak dan bermaruah dari kaum Melayu. Itulah yang dimomokkan dan diterap ke dalam
jiwa anak-anak DAP sejak dahulu kala lagi.
Bagi DAP, jika ada segelintir Melayu yang berjaya atau kaya, ia
adalah kerana dia atau ibubapanya atau nenek moyangnya pernah memakan
rasuah. Sama ada itu, ataupun kerana
mempunyai pertalian dengan kerabat diRaja atau orang-orang penting dalam
negara. Kononnya juga, anak-anak Melayu
di Pusat Pengajian Tinggi Awam bukannya benar-benar bijak tetapi berpeluang melanjutkan
pelajaran hanya kerana sistem kuota.
Namun, pengalaman berpuluh tahun di sektor swasta menyatakan
sebaliknya iaitu kebanyakan kaum Cina yang berjaya adalah kerana kroni. Secara umumnya, sektor swasta di Malaysia
menggunapakai sistem rasis iaitu menghadkan jumlah dan jawatan tertinggi kaum
bukan Cina, terutama Melayu, setakat tahap tertentu dan jabatan yang perlu
sahaja. Manakala bagi kaum mereka,
walaupun tidak punya kredibiliti akan tetap diberikan peluang yang luas untuk
naik pangkat ataupun gaji.
Buktinya boleh dilihat di dalam DAP sendiri di mana seorang yang
hanya lulus SPM diberikan tugas sebagai Pengarah Strategik Pilihanraya sehingga
menyebabkan kecelaruan undi. Malah,
dalam pentadbiran negeri pula, kita dapati DAP gagal menyediakan pembentangan
yang tepat mengenai projek mega yang dicadangkan di Pulau Pinang yang mana
menunjukkan kesilapan pengiraan yang tidak boleh diterima akal. Pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh
beberapa pihak juga menyaksikan pemberian projek juga dilakukan dengan cara
tidak telus di negeri itu sehingga ada di antaranya membawa kepada perletakan
jawatan.
Malah pembahagian kerusi bagi parti sendiri juga menyaksikan
ketidakcekapan yang parah dalam parti Cina kiasu itu. Kerana kerusi juga, kita melihat beberapa
pemimpin DAP meletakkan jawatan walaupun pilihanraya semakin hampir.
Semua ini membuktikan yang DAP bukanlah sebijak mana. Lebih dari itu, DAP bukanlah parti yang
telus, cekap mahupun amanah. Sikap
kukubesi DAP cukup terserlah, terutama di saat-saat genting menuju pilihanraya
ini. Tidak cukup dengan menolak
demokrasi dengan memboikot media, DAP juga menafikan hak ahli-ahli sendiri
untuk bersuara.
Apa yang menarik sekali mengenai perkembangan ini ialah, DAP
langsung tidak membela diri atau tidak mampu membela diri apabila
ketidaktelusan dan ketidakcekapan mereka itu terbukti melalui pemilihan
CEC. Dalam dilema antara mengaku tidak
telus, atau mengaku bodoh, DAP telah memilih untuk mengaku bodoh atas alasan
tidak tahu mengira undi menggunakan komputer.
Tindakan tersebut membuktikan kedua-duanya iaitu DAP itu adalah
bodoh dan tidak telus sekali gus.
Isu ini akhirnya dibawa kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) oleh
ahli-ahli DAP sendiri.
Oleh kerana licik tetapi bodoh, akhirnya DAP tidak boleh lari
lagi. Hari ini, dilaporkan bahawa Lim
Guan Eng tidak berani menyerahkan senarai 753 perwakilan yang tidak menerima
surat untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-16 bagi membolehkan mereka
mengundi kepada ROS.
DAP cukup sedar bahawa mereka tidak boleh terlepas dari tuduhan
tidak telus dan tidak cekap ini. Oleh
itu, mereka terlebih dahulu membayangkan akan bertanding menggunakan lambang
sekutu mereka jika parti itu dibatalkan oleh ROS.
Bagi memperbetulkan keadaan, pembatalan tersebut, jika benar-benar
berlaku, bolehlah dijadikan peluru untuk menembak BN pula iaitu kononnya takut
dengan DAP.
Namun, kita pasti rakyat tidak semudah itu untuk diperdaya lagi
oleh DAP. Kita sudah cukup masak dengan
sikap DAP iaitu, setiap kali terkantoi, DAP akan mengalih cerita ke lain agar
kesalahan mereka dilupakan. Contohnya,
isu mendiang Teoh Beng Hock di mana kesnya adalah kes rasuah DAP, tetapi
dialihkan sehingga menjadi kes SPRM tidak cekap melindungi saksi.
Kita pasti, DAP akan berbuat yang sama dalam isu CEC ini iaitu
menjadikan ia sebagai isu BN takutkan DAP sehingga memaksa ROS membatalkan
pertubuhan parti itu. Sedangkan kes
sebenarnya ialah DAP tidak telus, tidak cekap dan bodoh kerana menipu,
memanipulasi dan menafikan hak ahli-ahli sendiri.
Segala perkembangan ini wajar dijadikan pengajaran dan diambilkira
dalam memilih kerajaan. Tanyalah kepada
diri sendiri, sanggupkah kita mempunyai kerajaan seperti DAP? Bayangkan, jika ahli-ahli sendiri pun boleh
dipijak-pijak dan disepak-sepak, apatah lagi rakyat? Dan apatah lagi kaum lain, terutamanya kaum
Melayu?
Dalam keadaan ini, di manakah kredibiliti DAP, mahupun PR untuk
mempersoal integriti sesiapa terutama, SPR?
Jika pemilihan parti sendiri juga tidak boleh dikira dengan tepat dan
telus, di manakah letaknya maruah dan kelayakan PR untuk mempertikai SPR?
Berdasarkan apa yang berlaku, terbuktilah bahawa segala
demonstrasi BERSIH yang dipromosi PR sehingga menyebabkan kecederaan,
kemusnahan dan kerugian sebenarnya tidak mempunyai makna sama sekali.
0 Komen