Isu Peneroka Felda Sengaja Dimainkan Pembangkang, Isu Sebenar Dah Selesai – Rosni Sohar



Isu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kepimpinan tertinggi BN yang tidak menghormati kehendak peneroka Felda, yang mahu generasi kedua Felda mewakili Barisan Nasional (BN) di DUN Hulu Bernam pada PRU13, yang dimainkan oleh calon dan parti pembangkang, dilihat sebagai isu lapuk dan dianggap sudah selesai.

Calon BN DUN Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar menganggap isu dibangkitkan calon Pas itu sudah selesai kerana beliau sendiri telah bertemu dengan pemimpin di dalam tanah rancangan Felda.

Tambahnya, isu mahu calon peneroka itu dianggap lumrah dan hanya berlaku di peringkat awal kerana ketika ini isu tersebut sudah diatasi.

“Selepas ini, kita akan bersama dalam gerakan bersepadu dan tidak timbul lagi masalah (calon). Itu masalah kecil... biasalah. Kalau dibuat perbandingan dengan yang lain, kita lihat (kedudukan di Dun lain) agak rumit, tetapi untuk saya di Dun Hulu Bernam tidak ada masalah. Itu lumrah,” katanya yang juga Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Beliau turut berkeyakinan calon Pas tidak akan memberi saingan sengit terhadapnya kerana Dun Hulu Bernam dianggap kubu terkuat BN.

 “Walau bagaimanapun, kita perlu teruskan bekerja bagi menentukan kejayaan lebih baik dengan majoriti lebih tinggi,” katanya.

Pada PRU12, Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar menewaskan calon Pas, Abdul Shukor Ali dengan majoriti 3,549 undi.

Mohamed Idris yang telah smenjadi Adun selama dua penggal sebelum itu, mendapat 7,985 undi manakala Abdul Shukor, 4,436 undi.

Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment