Isu Video Seks : “Tayar Basikal Pancit Tepi Jalan Pun Salah UMNO”



“Tayar basikal pancit tepi jalan pun salah UMNO,” kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan ketika diminta mengulas dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan UMNO dengan penyebaran video lucah dipercayai membabitkan seorang pemimpin pembangkang dari Pantai Timur.

Ahmad turut hairan dengan sikap pembangkang yang sering mengaitkan UMNO dan Barisan Nasional apabila terjadi sesuatu perkara membabitkan pemimpin mereka.

“Tidak adil apabila mengaitkan semua yang yang terjadi dengan UMNO, sepatutnya tuan punya badan tampil menafikan perkara itu.

“Kalau betul diri tak bersalah hantar video berkenaan kepada pakar untuk disahkan pelaku dalam video itu bukan dirinya,” kata Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, selepas merasmikan Puspro Fama Daerah Pontian, Benut di sini hari ini.

Semalam, polis dilaporkan menemui 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD lucah dipercayai melibatkan seorang pemimpin pembangkang di Kampung Alor Lintang, Besut, Terengganu.

Tags:

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment