Khalid vs Azmin Paksa Wan Azizah Ke Selangor - Anuar Basiran



Pemuda UMNO menyambut baik kesediaan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menawarkan diri bertanding di mana-mana kerusi DUN di negeri Selangor dan jika dia ingin menjadi Menteri Besar Selangor, dia kena pastikan dulu menang di kerusi DUN yang ditandinginya dan pastikan semua calon-calon dari pihak pakatan boleh menang dalam PRU yang akan datang.

Namun dalam masa yang sama, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang, Anuar Basiran menyifatkan kesediaan atau penawaran diri Wan Azizah untuk bertanding di Selangor membuktikan bahawa pakatan PKR-DAP dan PAS yang kini mentadbir negeri Selangor, sudah ketandusan pemimpin berwibawa selain sudah tidak lagi mempercayai calon-calon dari rakyat tempatan atau anak negeri Selangor sendiri.

“Kerajaan Pakatan yang kita boleh namakan sebagai kerajaan Pakatan Anwar kini amat terdesak sehingga terpaksa mengutamakan kepentingan kronisme dalam gerakan mereka, selain ini membuktikan wujud perpecahan dalam PKR negeri Selangor sendiri antara kumpulan MB, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan kumpulan Pengerusi PKR Selangir, Azmin Ali.

Hakikatnya, bukan standard seorang presiden parti untuk bertanding hanya di peringkat DUN sebaliknya ia hanyalah jalan penyelamat untuk meredakan ketegangan kumpulan Khalid-Azmin, akhirnya presiden parti terpaksa diletakkan di sini,” ujarnya mengulas tindakan dan ura-ura bahawa Wan Azizah akan bertanding di salah satu kerusi DUN Selangor seterusnya dilantik sebagai Menteri Besar jika pakatan pembangkang terus menguasai Selangor pada PRU13 ini.

Tambahnya, tindakan meletakkan Wan Azizah ini juga merupakan daya penarik dan sebagai umpan menarik simpati kaum wanita di Selangor, khususnya dalam memenangi semula hati kaum wanita ini yang terguris kerana ditipu melalui manifesto pakatan pembangkang 2008 yang menjanjikan ‘bulan dan bintang’ jika mereka diberikan kuasa, namun selepas menang, `manifesto yang indah’ ini hanyalah sebuah manifesto bukan janji.

“Namun saya yakin, ini merupakan satu tindakan terdesak dari PKR untuk menyelamatkan perpecahan di kalangan pemimpin mereka di Selangor kerana mereka yakin, BN akan merampas semula pentadbiran negeri Selangor jika perpecahan di antara mereka tidak dapat direda atau diselesaikan sebelum PRU ke-13 ini,” ujarnya yang juga Presiden Pertubuhan Justice 4 U.

Dalam masa yang sama, Presiden Suara Anak Muda 1 Malaysia (SAM1M), Armand Adha Abu Hanafiah mempertikai pendirian pemimpn pakatan pembangkang yang lain, adakah mereka sudah ketandusan pemimpin anak jati Selangor yang boleh menjadi Ketua Pentadbir negeri Selangor?

“Inilah Pakatan ‘Raja Nepotisme’ di mana Anwar Ibrahim mahu anak-beranaknya memegang kuasa serentak, sekaligus membuktikan kerakusan beliau pada kuasa.

Jika sebelum ini mereka menuduh BN mengamalkan nepotisme sebelum mereka berkuasa 2008 yang lalu. Kenapa 2013, mereka double standard, mereka mereka kini tidak lagi melaungkan anti nepotisme dalam ceramah dan ucapan-ucapan mereka, ini kerana mereka diibaratkan seperti ‘meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO PJ Utara.

Tambahnya, keinginan Wan Azizah untuk bertanding di Selangor, terutama di kerusi selamat, sebenarnya dilihat sebagai ‘back-up’ utama sekiranya Anwar Ibrahim kalah dalam pertarungan pada PRU13 di mana-mana kawasan parlimen yang ditandinginya, Wan Azizah akan mengulangi semula perbuatannya iaitu meninggalkan Kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk ditandingi oleh suaminya pada 2008 yang kemudian menang dengan majoriti besar.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    7:22 PM

    Sebab itu Anuar Ibrahim ndak lari ke kawasan pengundi cina takut yang "sembelihnya?
    " orang PAS sendiri.

Post a Comment