Kit Siang Atau PR Memang Tak Mahu Anwar Ibrahim Jadi PM...??


Dalam siri kempen untuk Gelang Patah, calon DAP Lim Kit Siang beberapa kali sengaja bertanya soalan kepada penyokong-penyokong PR tentang siapakah yang jadi pilihan rakyat untuk jawatan PM.

Kit Siang menyebut empat pilihan iaitu Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Tun Mahathir Mohamad dan Abdul Hadi Awang, yang mana disambut dengan “Hadi Awang” oleh penyokong-penyokong.

Kenapa Kit Siang tidak menyebut nama Anwar Ibrahim? Ini menimbulkan pelbagai persoalan. Terasnya Kit Siang sendiri tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM.

Ini juga boleh dilihat sebagai usaha Kit Siang menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh lawan beliau calon BN Datuk Ghani Othman jika masyarakat Cina mengundi DAP bermakna mereka menyokong Hadi Awang sebagai  Perdana Menteri.


Persoalannya....??

Adakah DAP tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM sebaliknya mahukan Hadi Awang sebagai PM?

Apakah permainan politik yang cuba dimainkan oleh DAP?

Adakah DAP berfikir PAS lebih senang dimanipulasi berbanding PKR?


Oleh itu, aku cabar Lim Kit Siang untuk umumkan Hadi sebagai calon pilihan DAP sebagai PM Malaysia sekiranya Pakatan menang PRU13.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

2 Komen

  1. Balas dendam kerana kena main dengan anwar. Dia tukar tapi anwar buat u turn.

  2. Kat johor dia kata Hadi.
    kalau kat Penang dia kata Nuar. hehehe

    Bingai was here!

    PRU13 - Ibrahim Ali dan Nallakarupan Korban Prinsip? di TendangTerajang

Post a Comment