Kecelaruan di dalam Pakatan Rakyat nampaknya semakin hari semakin
parah dan bukannya semakin pulih. Jika
sebelum ini PR dilihat sebagai sebuah kapal dengan tiga nakhoda, tetapi kini
parti itu seolah-olah tidak mempunyai nakhoda langsung.
DAP yang begitu dominan juga nampaknya semakin buntu apabila
pemerintahan cara kuku besi dan kilas tangan mereka sudah tidak lagi menjadi.
Hari ini, kita tidak tahu lagi siapa yang sebenarnya menerajui
PR. Masing-masing pemimpin tertinggi
parti dilihat suka-suka menukar dan mengumumkan calon masing-masing tanpa
berunding dan tanpa mengambil kira sentimen akar umbi.
Tindakan menukar-nukar kerusi kerana terlebih yakin kini mula
memakan diri apabila keyakinan yang dirasai itu terbukti tidak berasas sama sekali. Kehadiran yang dingin di ceramah-ceramah dan
kunjungan yang tidak bersambut membuktikan bahawa PR tidak diterima di kawasan
terbabit. Jika ceramah mendapat sambutan
pula, kita tetap menyaksikan perebutan kerusi antara ketiga-tiga parti atau
penolakan calon oleh akar umbi.
Lim Kit Siang adalah antara yang membuat keputusan untuk menukar
kawasan iaitu dari Ipoh Timur, Perak ke Gelang Patah, Johor.
Tujuannya ialah untuk mencabar MCA serta menggerunkan BN, sekali
gus merampas Johor. Anwar pula pada
awalnya dilaporkan akan bertanding di Perak.
Dengan cara ini kedua-dua negeri akan dapat dirampas, di samping
mengekalkan Pulau Pinang, congak mereka.
Walaubagaimanapun, perkembangan semasa di kedua-dua negeri
menyedarkan mereka bahawa mereka tidaklah begitu bijak dalam mengatur
strategi. Malah, lebih malang lagi
apabila sesama pemimpin tertinggi, termasuk bakal Perdana Menteri mereka juga
tidak boleh dipercayai.
Kit Siang kini tersedar bahawa beliau sebenarnya berhadapan dengan
‘dirinya’ sendiri apabila berhadapan dengan Anwar. Sikap putar belit dan kukubesi kedua-duanya
tidak memungkinkan mereka bekerjasama dengan baik.
Oleh itu, walaupun, keputusan untuk Anwar bertanding di Perak
adalah keputusan bersama antara para pemimpin tertinggi PR, namun apa yang
terjadi ialah Anwar dengan sesuka hati menukar fikiran untuk bertanding di
Permatang Pauh, kawasan selamatnya.
Sedangkan keputusan awal untuk ‘lari’ dari Permatang Pauh adalah
kerana kurang yakin dapat menang besar di sana.
Namun, memandangkan keadaan adalah jauh lebih bahaya di Perak, maka
Anwar memilih untuk kembali ke tempat asal pula tanpa berunding dengan
sesiapa.
Inilah yang membuatkan Kit Siang mengamuk sehingga mengeluarkan
kata-kata, “biar kalah, biar mati!”
Jelas, ia adalah luahan kemarahan yang tidak dapat dibendung lagi. Seolah-olah sudah putus asa, itulah saja
yang dapat dilihat dari riak wajah diktator DAP ini.
Mungkin kita wajar memuji Anwar kerana mampu menjatuhkan moral
seorang kiasu sehingga begitu sekali. Setelah
berdekad-dekad berpolitik, jarang sekali atau hampir tidak pernah kita melihat
Kit Siang gagal mengawal diri. Kit
Siang bagaikan sudah mengaku kalah setelah menyedari yang beliau gagal sama
sekali untuk mengawal Anwar, mahupun PAS di saat-saat akhir.
Kedua-dua parti sekutu DAP itu nampaknya membawa hal sendiri dalam
menentukan calon dan kerusi dan tiada siapa lagi yang merujuk kelulusan
DAP. Lebih malang bagi Kit Siang apabila
pemimpin DAP sendiri ada yang meletakkan jawatan akibat tidak puas hati
dengannya.
Nampaknya, kelicikan Anwar dan kebodohan PAS benar-benar membuat
seorang kiasu menjadi bingung.
Oleh itu, pesan kita pada Kit Siang, jangan sekali-kali percaya
kepada penipu seperti Anwar dan jangan sekali-kali merendah-rendahkan kebodohan
PAS. Orang bodoh dan penipu sememangnya
sukar untuk dijangka kerana mereka mampu berbuat apa saja.
0 Komen