Mimpi indah Nik Mohammad Abduh, anak lelaki kesayangan Menteri
Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengambil kesempatan dalam
pertarungan tiga penjuru di Parlimen Pasir Mas akhirnya berkecai apabila calon
BN, Che Johan Che Pa tidak menghantar borang pencalonan.
Che Johan dalam satu kenyataannya secara terbuka memohon maaf di
atas tindakannya itu sambil menjelaskan ia dilakukan selepas mengambil kira
betapa pentingnya dielakkan pertandingan tiga penjuru yang sekiranya berlaku
hanya akan menguntungkan PAS.
Berikutan senario itu, Nik Abduh terpaksa berdepan cabaran satu
lawan satu menentang calon Bebas, Ibrahim Ali yang pastinya menjanjikan
pertarungan cukup sengit yang menjadikan Pasir Mas sebagai satu lagi kerusi
panas yang menjadi tumpuan ramai.
Perkembangan saat akhir penamaan calon ini memang mengecewakan Nik
Abduh dan ayahandanya yang sebelum ini cukup yakin PAS akan meraih kemenangan
mudah hasil dari pertandingan tiga penjuru itu.
Andai diketahui ini yang berlaku pastinya keputusan asal meletak
Nik Abduh bertarung di kerusi selamat, Parlimen Rantau Panjang dikekalkan
manakala penyandangnya pula yang merupakan pemimpin muslimah PAS iaitu Siti
Zailah Mohd Yusof dibiarkan terkontang konteng di Pasir Mas.
Namun apa yang berlaku ketentuan takdir Illahi, sama ada Nik Abduh
mahu pun Nik Aziz perlu menerima hakikatnya dan tidak guna merungut menyalahkan
sesiapa.
Yang penting rakyat Kelantan agak teruja untuk mengetahui siapa
yang akan muncul sebagai pemenang dan siapa pula yang akan tumbang.
Diambil kira dari segi pengalaman dan hubungan rapat dengan
penduduk setempat, tidak syak lagi Ibrahim Ali yang juga adalah Presiden
PERKASA memiliki kelebihan terbaik dalam PRU-13 ini untuk mengekalkan kerusi
yang dimenanginya pada PRU-12 2008.
Nik Abduh pula hanyalah orang luar yang sekelumit jasa bakti pun
tidak pernah dilakukannya untuk kepentingan penduduk Pasir Mas. Kiranya aspek
itu yang menjadi pertimbangan para pengundi memang sukar sekali untuk putera MB
Kelantan itu menang.
Bagaimana pun satu faktor yang tidak boleh dipandang remeh oleh
Ibrahim Ali ialah Nik Abduh sebagai anak lelaki paling disayangi Nik Aziz
pastinya akan berusaha keras menjual nama bapanya bagi menarik perhatian
pengundi.
Ia pernah berjaya dilakukan dalam usahanya merebut jawatan parti,
jadi tentu sahaja ia berpeluang untuk memanfaatkannya sekali lagi. Soal kerja
buat untuk rakyat itu kemudiannya punya cerita, yang penting Nik Abduh adalah
anak bapak , bukan begitu?
Sekiranya faktor kekeluargaan dijadikan asas dan saki baki pengaruh
Nik Aziz diambil kira, jelas sekali Ibrahim Ali bukan lawan Nik Abduh. Dari
sudut ini ternampak seperti sukar untuk Nik Abduh ditumbangkan.
Apatah lagi PAS Kelantan juga tidak akan membiarkan Nik Abduh
semudah itu diratah oleh Ibrahim, justeru itu sepanjang kempen pilihan raya ini
PAS akan mengerahkan segala jenteranya berkubu menggempur Pasir Mas demi
memastikan air muka Mursyidul Am PAS terjaga.
Nik Aziz pula dikhabarkan akan memberi perhatian khusus di
Parlimen Pasir Mas dengan memanfaatkan pengaruhnya dan akan lebih kerap
berulang alik berceramah serta menyertai pelbagai aktiviti kempen demi
memastikan anaknya menang kali ini.
Persoalannya, mampukah Ibrahim Ali menghadapi semua cabaran ini
sekali gus menumbangkan anak Nik Aziz? Buat masa ini sukar ditentukan, tapi
jika semarak Gelombang Merah UMNO Merentah gagal dicegah oleh PAS, ada harapan
untuk tengok seorang anak MB terjelepok
dalam longkang.
3:54 PM
atas kertas mmg nampak macam nik abduh tak boleh tanding dgn ibrahim ali. TAPI dia ada satu senjata iaitu dia boleh solat di atas rumput, tepi pokok, atas jalan etc walaupun surau/masjid atau rumah orang ada dekat situ.
ibrahim ali solat di dalam suaru/masjid/rumah so takde penonton, org tak nampak, Allah swt je nampak.
4:14 PM
Abduh jangan riak, takut tak keruan pegangan agama dan tergelincir bangsa melayu Islam yang lain. Biarkan ayah Nik Aziz dan ayah Hadi Awang sahaja yang terlajak mulut dan perahu.
Pasir Mas milik Ibrahim Ali.... orang kelantan tak gemar tukar2.
4:24 PM
Dalam dewan penamaan calon, Johari menunggu Ibrahim Ali tandatangan borang utk mengesahkan bertanding, bila Tok Him siap sign, Johari blah tanpa hantar borang. Nik Abduh terkulat kelat mukanya. Kalau lah dia tahu dan berkat doa bapanya utk mengatahui masa hadapan, mampus dia tak bertanding di pasir mas. Dia akan bertanding di Rantau Panjang jua
2:43 PM
ko xpayah perbodohkan diri la .. nik abduh dah menang,... mana ada org nk sokong katak . melaung sana sini.. mampus lahh