Manifesto BN Hadapi PRU 13 Teruskan Tradisi Membela Rakyat



Manifesto yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini di stadium Bukit Jalil diyakini akan terus mendekati dan menyentuh akar umbi rakyat melalui program-program bantuan yang mendahulukan rakyat, demikian menurut Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Datuk M. Zain.

Menurut beliau lagi, manifesto yang bakal diumumkan pastinya satu manifesto yang berpaksikan pada realiti serta mampu untuk dilaksanakan oleh kerajaan kelak.

“Saya yakin, manifesto yang bakal diumumkan oleh PM esok merupakan satu manifesto yang bakal meneruskan tradisi BN dalam usaha untuk membela rakyat dan membangunkan negara. Ianya pasti satu manifesto yang mampu ditunaikan sekiranya BN diberikan mandat oleh rakyat untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Dan sudah tentu, ianya bukan satu manifesto angan-angan yang menjanjikan bulan dan bintang seperti manifesto Pakatan Pembangkang. Saya yakin manifesto BN akan bertambah baik dari apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini dan lebih praktikal untuk dilaksanakan,” tegasnya.

Tambahnya lagi, dengan track record yang ada pada kerajaan BN sepanjang tempoh lebih 55 tahun memerintah, beliau berkeyakinan manifesto BN kali ini akan tampil dengan lebih banyak pembaharuan dari sudut perlaksanaan dasar dan program transformasi yang sedang dilakukan oleh kerajaan hari ini.

“Justeru itu, saya menyeru rakyat agar terus memberikan kepercayaan dan memberikan mandat sepenuhnya kepada kerajaan BN untuk terus mentadbir negara, agar segala usaha bagi melaksanakan dasar serta tranformasi kerajaan untuk rakyat dan negara terus dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Jika kita lihat hari ini, kerajaan BN  tak pernah berjanji untuk memberikan bantuan BR1M pada rakyat, tetapi kerajaan bagi juga kerana mahu membantu meringankan beban rakyat.

“Apatah lagi sekiranya BN memasukkan program-program bantuan rakyat seumpama itu di dalam manifesto yang bakal diumumkan kelak, sudah pasti kerajaan BN akan laksanakan segalanya kerana kerajaan BN hari ini  sudah terbukti sebuah kerajaan yang menepati segala janji-janji mereka kepada rakyat,” jelasnya. 
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment