Muhyiddin Luang Masa Bersama Penduduk Kampung Padang Balang, Gombak



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa beramah mesra dan minum petang bersama penduduk Kampung Padang Balang, Gombak.

Ketibaan beliau bersama isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, pada kira-kira 5 petang disambut Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu Datuk
Yahya Mat Ghani, Setiausaha Agung Pemuda Gerakan Dr Dominic Lau Hoe Chai dan penduduk kawasan sekitar.

Dalam lawatan santai 30 minit itu, Muhyiddin meluangkan masa bersama kira-kira 400 penduduk termasuk Ketua Kampung Awalludin Mohd Desa dan beberapa wakil anggota jawatankuasa Masjid Saidina Ali, yang terletak berhampiran kampung berkenaan.

Timbalan Ketua Umno cawangan Kampung Padang Balang Zaini Sawi berkata kehadiran Muhyiddin buat pertama kali ke kampung itu menceriakan penduduk.

"Kita rasa gembira, ini pertama kali Timbalan Perdana Menteri masuk kampung kita, masyarakat di sini amat bersyukur kerana ada pemimpin yang turun padang untuk bertanya khabar," katanya.
Tags: , , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment