Musa Minta Pembangkang Henti Guna Kenyataan Beliau



Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam tidak mahu dirinya dikaitkan dengan tindakan pembangkang menggunakan kenyataannya untuk menyerang balik Barisan Nasional (BN).

Ini khususnya berhubung soal mengenai kemungkinan kerajaan jadi bankrap jika mereka muncul berkuasa.

Musa mengambil perhatian bahawa BN nampaknya telah menimpakan kemusnahan terhadap kewibawaan hujah pembangkang dalam isu ini hingga sebahagian dari ucapan beliau yang disampaikan pada siri Bicara Minda, dikatakan sebagai menyokong Pakatan, dipromosi dan dipaparkan dengan begitu prominen dalam kempen pilihan raya mereka.

"Pakatan (pembangkang) nampaknya begitu terdesak untuk mempromosi diri mereka dan untuk menarik sokongan pengundi, mereka sanggup menggunakan saya sebagai senjata utama mereka untuk menyerang balik BN," kata Musa dalam satu kenyataan.

Sambil melahirkan rasa tidak selesa beliau, Musa berkata: "Jalan keluar menggunakan saya dalam langkah politik yang terdesak ini mesti dihentikan. Kenyataan yang mendakwa mendapat sokongan saya mesti dihentikan.  

"Dan jalan keluar menggunakan saya dan menyebut kenyataan saya dengan
menggunakan papan iklan mesti juga dihentikan. Saya membuat permintaan ini demi keadilan dan kesopanan politik".

Menyentuh debat mengenai kemungkinan atau tidak kerajaan jadi bankrap, Musa memuji hujah lisan pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak pada pelancaran ikrar pilihan raya BN Sabtu lepas.

"Saya ucap tahniah kepada pengerusi Barisan kerana hujahnya yang lancar menentang Pakatan atas tajuk khusus ini.

"Tanpa menggunakan saya, saya gesa Pakatan muncul berhujah dan menyerahkannya kepada penilaian bijak pengundi," kata Musa.

Dalam kenyataan itu, Musa seterusnya berkata beliau tidak berhasrat untuk menyertai semula politik dan beliau akan terus menyatakan pandangan peribadinya mengenai sebarang isu politik.

"Saya seorang anggota Umno dan BN dan dengan itu juga, saya harap Barisan
akan memenangi pilihan raya ini. Sesungguhnya, saya yakin Barisan akan memenangi pilihan raya ini," kata beliau.

Musa berkata ini adalah satu-satunya kenyataan beliau mengenai perkara berkenaan dan beliau tidak berhasrat untuk respon atau melayani sebarang panggilan atau hujah selanjutnya.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Sukar untuk mempercayai seorang bekas pengkhianat

Post a Comment