Sempena PRU-13 ini, PAS boleh mengucapkan selamat tinggal pada
angan-angannya untuk menawan kembali Terengganu meskipun semenjak pasca PRU-12
2008 parti itu agak aggresif memanipulasi masalah kepuakan dalam UMNO
Terengganu.
Dalam keadaan di mana UMNO Negeri semakin mantap perpaduannya dan
para panglima serta anak buahnya sepakat mengetepikan sengketa sesama sendiri,
sukar sekali untuk PAS mengambil kesempatan untuk mengulangi sejarah PRU-10
1999 dulu.
Menyedari hakikat itu, tidaklah pelik apabila PAS kini lebih
memfokuskan usaha untuk mempertahankan Parlimen Marang demi menjaga maruah
Presidennya, Abdul Hadi Awang bagi mengetepikan tanggapan umum bahawa pengaruh
Hadi kian luput di kalangan rakyat Terengganu.
Pada PRU-12 2008 yang lalu, Hadi bernasib baik berjaya menawan
semula Parlimen Marang menjadikan ia satu-satunya kerusi parlimen yang dikuasai
PAS di Terengganu. Itu pun majoriti kemenangannya hanya dengan kelebihan 2,747
undi sahaja.
Sebelumnya pada PRU-11 2004, Hadi tewas di tangan Giant Killer,
Datuk Abdul Rahman Bakar. Satu sejarah hitam yang hingga saat ini sukar
diterima hakikatnya oleh PAS.
Pada PRU-13 ini pula pencabar Hadi ialah Datuk Yahya Khatib, yang
merupakan EXCO Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita diyakini bakal
mengulangi sejarah hitam yang pernah dialami Presiden PAS itu pada PRU-11 2004.
Pertarungan di Parlimen Marang pada PRU-13 ini antara Hadi dengan
Yahya boleh diumpamakan seperti gergasi melawan kancil, secara kasar ia
kelihatan condong memihak kepada Hadi tapi realiti semasa tidak sebegitu.
Dengan track rekod Yahya yang berjaya menurunkan peratusan kadar
kemiskinan di kalangan rakyat Terengganu, di samping aktif dalam aktiviti
kemasyarakatan serta mempunyai hubungan mesra dengan penduduk setempat, jelas
sekali beliau adalah sandaran terbaik untuk BN merampas semula Parlimen Marang.
Hadi yang berbekalkan kemenangan majoriti 2,747 undi pada PRU-12
sukar untuk meningkatkan sokongan pengundi kali ini apatah lagi sejak
akhir-akhir ini semakin ramai ahli dan penyokong PAS beralih arah dan mula
mendekatkan diri dengan UMNO termasuklah di kubu kuatnya dalam DUN Rhu Rendang.
Semua empat DUN dalam Parlimen Marang menunjukkan aliran sokongan
pengundi berpihak kepada BN, malah para pengundi baru termasuk mereka yang
merupakan anak kepada penyokong kuat PAS pun cenderung untuk menyokong UMNO dan
mengundi BN.
Jika senario semasa dijadikan sandaran menilai kedudukan BN dan
PAS, nyata Yahya berada dalam posisi yang baik untuk membenamkan Hadi sekaligus
bakal digelar sebagai Giant Killer yang baru.
Seandainya ia menjadi kenyataan, selepas PRU-13 pastinya Hadi
bakal berdepan dengan kemelut dalaman parti yang parah dan menjadi titik noktah
kepada hayat politiknya kelak.
3:07 PM
Insyallah, Dato' Yahya jd ahli parlimen Marang yg baru 5 Mei nanti!
8:05 PM
jgn mimpi la....
yahya khatib bakal berkubur dlm arena politik,
taktik mat said hapuskan karier politik yahya khatib....
1:35 AM
Betul kata telunjuk lurus tu..
Yahya Khatib tak akan menang di marang.. bahasa kasar.. suke hisap rokok depan orang ramai tak kira dimana.
Seorang yang suka bangga diri dan bermegah!
Kalau yahya la... memang tak menang.. sori..