Pemuda BN Perlu Sedia Gempur Kubu Pembangkang, Pastikan BN Kekal Relevan Di Hulu Selangor



Genderang perang sudah berbunyi. Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) digesa menggempur jentera mereka bermula sekarang.

Pengerusi BN Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata, peranan Pemuda sangat besar dalam usaha memastikan BN menang semula di empat kerusi yang dipertandingkan di dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor.

“Jentera pemuda bermotor sama penting membawa misi kemenangan dan
meyakinkan pengundi memilih BN dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei depan. Peranan jentera bermotor dilihat usaha proaktif mempromosikan kehebatan BN kepada pengundi di seluruh peti undi di Hulu Selangor.

"Ambil peranan masing-masing ketika betugas. Sekiranya nampak bendera BN jatuh atas tanah segera pacakkan semula.Kita akan terus diterima rakyat," katanya ketika melancarkan Jentera Bermotor Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu petang tadi.

Hadir sama Pengarah Jentera Pilihan Raya Umum BN Hulu Selangor, P Kamalanathan,  Pengerusi Pemuda BN, Mahmud Karim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Mohd Isa Abu Kasim dan Setiausaha UMNO Bahagian Hulu Selangor, Ahmad Nazri Dahalan.

Pada majlis sama, seramai 700 pemuda BN menerima topi keledar 1M4U 1Malaysia disampaikan Mohamed Idris.

Beliau berkata, pemuda perlu sederap seirama menjalankan kempen sihat
membantu kemenangan BN pada PRU-13 nanti.

Sementara itu, Mahmud berkata, sokongan padu ditunjukkan pemuda seluruh
Hulu Selangor dari Kampung SKC Bernam hingga Felda Sungai Buaya menggambarkan betapa pemuda sudah siapsiaga membantu jentera PRU 13 nanti.

Katanya, sokongan anak muda pengundi baru juga semakin meningkat apabila ramai sanggup menyarung baju BN saban hari.

"Saya optimis mampu mengekalkan kemenangan tiga kerusi DUN dan kerusi Parlimen di Hulu Selangor. Tidak kira siapa sahaja calon BN kami tetap sokong sepenuhnya," katanya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment