Pentadbiran PKR, DAP Dan Pas Bergerak Ibarat Sebuah Bas



Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengibaratkan kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran PKR sebagai sebuah kerajaan bas.
“Walaupun Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar adalah dari PKR, namun pemandu basnya ialah DAP yang menentukan hala tuju perjalanan bas, Khalid pula hanya bertugas sebagai seorang konduktor, manakala Pas sekadar sebagai penumpang yang hanya turun naik bas tersebut.
“Mereka sebuah kerajaan yang carca marba, sebab itu sejak awal lagi mula memerintah Selangor, banyak kepincangan yang berlalu termasuk penyalahgunaan kuasa sehingga akhirnya rakyat menjadi beban kepada pentadbiran mereka.
“Ini termasuk saman-saman yang dikemukakan setelah mereka gagal menunaikan janji manisfesto mereka pada PRU12 yang lalu,” ujarnya ketika berucap sempena majlis penyertaan bekas-bekas penyokong dan ahli-ahli PKR Gombak di sini malam tadi.
Hilangnya kepercayaan dan sedar perjuangan PKR yang sia-sia dan lebih kepada kepentingan peribadi, malam tadi Noh Omar menerima permohonan kira-kira 250 bekas ahli dan penyokong PKR Gombak diketuai Ayahanda Mazlan Abd Rashid atau lbh dikenali sebagai Lan Lemang untuk kembali menyertai UMNO.
Pada majlis itu, Lan Lemang turut diumumkan sebagai ketua Penaja UMNO cawangan Batu 10 1/2, Gombak Utara.
“Saya nak berterima kasih kepada bekas ahli-ahli PKR yang kini bersedia untuk kembali bersama BN. saya juga nak mengajak penduduk dan pengundi Gombak untuk kembali menyokong BN dalam PRU13 kerana sepanjang pemerintahan PR di Selangor, Khalid Ibrahim hanya sekadar boneka yang ditunggang oleh DAP manakala Pas tidak boleh bersuara dalam pentadbiran PR di Selangor.
“Untuk kembali menguasai Selangor, BN harus menang sekurang-kurangnya 29 kerusi DUN, dengan 3 kerusi DUN di GOMBAK ini harus disumbangkan BN Gombak untuk mencapai matlamat tersebut. Namun saya yakin, BN mampu menguasai lebih 30 kerusi DUN di Selangor,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Selangor.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

1 Komen

  1. Anonymous
    5:35 PM

    http://melanausarawak.blogspot.com/

    SALAM BRO..TOLONG LINK KAN....

Post a Comment