Pertembungan Bushro – Khairuddin Ulangi Pertandingan PRU12


Pilihan Raya Umum Ke -13 menyaksikan pertembungan semula antara dua calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras yang bertanding di kawasan sama lima tahun lalu.

Yang dimaksudkan ialah penyandang, Datuk Ir Muhamad Bushro Mat Johor, sekali lagi bertemu Mohd Khairuddin Othman, yang juga Setiausaha Pas Selangor.

Pada PRU ke 12, Mohd Bushro berjaya menewaskan Khairuddin di kerusi berkenaan dengan majoriti 642 undi.

Bushro yang juga Ketua UMNO Bahagian Subang yakin dapat mengulangi kejayaannya itu berdasarkan maklum balas diterima dari penduduk sekitar DUN berkenaan.

“Saya yakin dengan kerja kuat rakan dalam BN, kita boleh mengekalkan kemenangan. Tidak ada masalah bertemu lawan sama dari Pas kerana kami saling mengenali dan akan bertanding berdasarkan kelebihan masing-masing,” ujarnya ketika ditemui ketika penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kemudahan Sukan Bandar Utama di sini.

Dalam pada itu, Parlimen Subang menyaksikan pertandingan lima penjuru iaitu antara bekas pensyarah Institiut Perguruan Bahasa, A Pakas Rao (BN), R Sivarasa (PKR), Mohamad Ismail (BERJASA), Nazaruddin Mohamed Ferdoos (BEBAS) dan Edros Abdullah (BEBAS).

Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan, calon muka baru BN, Chong Tuck Chiew yang juga pengerusi Gerakan Bahagian Subang menentang penyandang kerusi itu, Wong Keat Ping dari PKR.

Tiga calon BEBAS, Edros Abdullah, A Suppiah dan Halmi Omar bertanding DUN Kota Damansara, bertembung penyandang, Nasir Hashim (PKR), Ketua Wanita UMNO Subang, Halimaton Saadiah Bohan (BN) dan calon PAS, Ridzuan Ismail.

Ia sekaligus menyaksikan dua parti dari pakatan pembangkang, PKR dan Pas bertemu sama sendiri selepas masing-masing turut menghantar borang pencalonan yang diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Zulkifli Ahmad.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment