Rakyat Perlu Kembalikan Mandat Kepada BN Bawa Pembangunan Ke Kedah- Mukhriz


 
Rakyat Kedah perlu mengembalikan mandat kepada Barisan Nasional (BN) kerana negeri ini tepu dan tidak membangun selama lima tahun ditadbir pembangkang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pilihan raya umum ke-13 adalah masa terbaik rakyat menunjukkan 'jalan keluar' kepada pembangkang.

"Selagi mereka memerintah, kita akan terus tertinggal, tidak dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negeri-negeri lain yang maju.

"Sekarang mereka sedar ditolak rakyat secara perlahan-lahan. Untuk menarik semula sokongan, mereka guna bekas-bekas Jeneral dan artis. Ini adalah satu

kesilapan kerana orang muda sudah cukup cerdik untuk menilai," katanya semasa berucap di hadapan lebih 1,000 orang yang membanjiri Dataran Kuala Kedah di pekan Kuala Kedah, dekat sini, malam tadi.

Turut memberi penerangan isu-isu semasa dari pentas atas sebuah lori ialah wakil-wakil parti komponen BN.

Mengenai pelaburan, Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, sepanjang lima tahun mentadbir negeri ini kerajaan Pas Kedah langsung tidak berjaya membawa masuk pelaburan asing ke negeri ini.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment