Raouf Janji Beri Khidmat Terbaik Buat Penduduk DUN Sri Muda


"Peluang dan tanggungjawab yang diberikan kepimpinan Barisan Nasional (BN) Pusat dan negeri akan digunakan sebaik mungkin untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat untuk terus bersama BN dalam menerajui Selangor dan Malaysia.

"Saya berazam untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengundi di kawasan DUN Sri Muda dan memastikan segala masalah yang dihadapi masyarakat setempat dapat diselesaikan sebaik mungkin," kata calon BN bagi DUN Sri Muda pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Raouf Mokhtar.

Beliau berkata, selaku calon baru yang dipilih untuk mewakili pengundi di Sri Muda, dia akan menterjemahkan manifesto BN sebaik mungkin agar ia dapat dinikmati seluruh masyarakat di kawasan berkenaan.

"Masalah yang gagal diatasi wakil rakyat terdahulu juga akan diperbaiki dan diselesaikan agar rakyat dapat merasai sendiri kesungguhan yang di bawa BN ke kawasan DUN Sri Muda ini," katanya sewaktu ditemui selepas menerima watikah perlantikan sebagai calon DUN Sri Muda, di sini, semalam.

Beliau turut menyeru rakyat Selangor khususnya di Kota Raja untuk bersama Perdana Menteri dan BN untuk terus memacu kegemilangan menjadi Malaysia sebuah negara yang disegani di seluruh dunia.

Katanya, keputusan Perdana Menteri meletakkan calon yang terdiri daripada muka baru membuktikan keterbukaannya untuk melakukan transformasi seiring dengan kehendak rakyat.

"Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin dan BN adalah pilihan yang  terbaik kerana sudah terbukti berjaya membawa Malaysia ke satu tahap yang lebih baik daripada sebelum ini," katanya.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

3 Komen

  1. Anonymous
    9:52 AM

    Mai mai la jengok kami di Putra Heights

  2. Anonymous
    10:54 AM

    Rapat ngan saudara Raouf..beliau memang sorang yg sempoi..moga2 tak berubah la kalau rezeki menjadi YB Sri Muda

  3. Anonymous
    9:40 PM

    mesti menang...hidup bn
    kasi tolak pas,pkr,dap

Post a Comment