Realiti Atau Fantasi - BN Kelantan Robohkan Kubu PAS Di Kelantan ....



Semua maklum semenjak 5 tahun lalu, BN Kelantan telah menetapkan sasaran utamanya untuk mencapai kemenangan di sekurang-kurangnya 23 DUN dan 8 Parlimen di Kelantan bagi merealisasikan hasrat memerintah kembali negeri ini.

Lima tahun sudah berlalu, sasaran yang sama masih dipegang erat oleh BN Kelantan meskipun sepanjang tempoh itu sehingga kini PAS sering mempersendakan dan menganggapnya sebagai sesuatu yang sukar dicapai.

Malah di kalangan sesetengah pemimpin dan ahli UMNO sendiri masih ada yang was-was dan masih tertanya-tanya mampukah BN menawan jumlah kerusi yang disasarkan itu meski pun masing-masing menyedari wujud perubahan ketara dalam tempoh 5 tahun itu.

Namun bagi pemerhati politik sasaran tersebut realistik kerana ianya pernah hampir menjadi realiti pada PRU 11 tahun 2004 dulu, di mana UMNO selaku komponen utama BN telah berjaya beroleh kemenangan di 21 dari 45 DUN.

Ia tak mustahil bakal menjadi kenyataan dalam PRU-13 yang akan  berlangsung 5 Mei 2013 nanti memandangkan trend akhir-akhir ini juga saling tak ubah seperti mood tahun 2004 yang memperlihatkan sokongan rakyat kepada BN.

Hakikat itu tidak disedari PAS sehinggalah mereka terpana kelu melihat sendiri perubahan mood rakyat yang mana ketara bezanya apabila PAS hanya berupaya menang nyawa-nyawa ikan dengan majoriti tipis 65 undi ketika PRK Manek Urai tahun 2009.

Selepas itu, asakan Gelombang Merah mengakibatkan PAS lemas dibadai kebangkitan rakyat pada PRK Galas tahun 2010 sekali gus mengundang igauan mimpi ngeri di kalangan pemimpin PAS Kelantan.


Mereka sedar UMNO sedang mara untuk merealisasikan kemenangan yang sudah lama BN idamkan.

Hari ini kedudukan PAS di Kelantan sudah tidak sekuat dulu apatah lagi dengan pelbagai isu seperti kesucian kalimah Allah S.W.T yang cuba dinodai oleh DAP serta kegagalan PAS mengatasi percaturan politik PKR dan DAP dalam PR, menyebabkan ramai penyokong hardcore PAS berjauh hati.

Itu belum lagi dikira impak buruk berikutan penolakan terhadap PAS oleh golongan ulama dari kalangan tok guru pondok dan cendekiawan Islam, sedangkan dulu golongan inilah yang menguatkan tulang belakang PAS semenjak 62 tahun lalu.

Di lihat pada senario ini, jelas sekali BN berpeluang mencapai sasaran tersebut apatah lagi berdasarkan trend sokongan umum kini menunjukkan 25 kerusi DUN dan 9 parlimen di Kelantan adalah putih dan condong kepada BN.

Jika trend itu berkekalan, bermakna ia sudah melebihi sasaran yang diletakkan 5 tahun lalu, seandainya ia direalisasikan dalam bentuk undi sokongan  kepada BN maka itulah takdir buruk yang paling sukar untuk PAS akui dan akan dikenang sampai ke dalam liang lahad.
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

5 Komen

Post a Comment