Lim Kit Siang semalam membuat pengakuan bahawa beliau menangis
kerana kononnya bimbang DAP tidak dibenarkan menggunakan lambang parti itu
dalam PRU-13. Katanya, beberapa
pemimpin DAP turut mengalirkan air mata, sedih atas ‘penganiayaan’ oleh ROS
terhadap parti mereka.
Bagi seorang kiasu, rasis, dan chauvinis yang ‘berhati-kering’
untuk menangis, adalah sesuatu yang mengejutkan.
Orang seperti Kit Siang tidak akan menangis. Kalau benar beliau menangis, beliau tidak
akan mengakuinya di hadapan orang ramai.
Dan kalau benar beliau menangis, ia bukanlah kerana memikirkan tentang
masa depan penyokong-penyokongnya kerana beliau tahu yang
penyokong-penyokongnya selamat dan sejahtera sahaja di bawah pemerintahan Barisan
Nasional.
Tetapi, jika Kit Siang menangis, ia adalah kerana beliau
sebenarnya sudah dapat merasakan yang beliau akan kalah. Bayangkan, hanya beberapa langkah sahaja
menuju PRU, tiba-tiba semua yang dirancangnya selama ini tidak menjadi. Si kuda tunggangan juga sudah mula menunjuk
degil enggan menurut perintah, malah melawan pula. Boneka juga nampaknya sudah pandai bergerak
sendiri tanpa disuruh.
Malah, di saat-saat akhir ini jugalah, begitu ramai ahli-ahli
termasuk pemimpin DAP yang keluar parti dan membuat pendedahan akan ketidaktelusan,
sikap kuku besi serta kesamsengan kepimpinan atasan.
Pendek kata, imej DAP kini sudah jelas dan sah sebagai sebuah
parti yang korup, diktator, kejam dan bodoh.
Apa yang dicanangkan kepada rakyat bahawa kononnya parti itu lebih
cekap, lebih bijak dan lebih bersih dari parti pemerintah yang diterajui Melayu
kini terbukti sebaliknya.
Maka, tangisan Kit Siang tersebut, jika benar, adalah merupakan
kemuncak drama DAP yang nampaknya akan berakhir dengan kesedihan bagi parti
itu.
Malangnya, lakonan berlebihan Kit Siang gagal meraih simpati,
tetapi hanya mengundang rasa geli hati.
Untuk apa ditangisi isu yang bukan pun satu isu kerana ROS dari
awal lagi telah membenarkan parti tersebut menggunakan lambang mereka dalam PRU
kali ini. Malah, siasatan juga
ditangguhkan bagi membenarkan DAP menumpukan perhatian kepada Pilihanraya
walaupun ia tidak sepatutnya begitu.
Kesalahan yang dilakukan oleh DAP bukan sedikit, tetapi cukup
besar bagi sebuah parti politik.
Ini kerana DAP telah menipu dalam pemilihan parti sendiri atau
lebih tepat, mempermainkan penyokong mereka sendiri. Jika pemilihan parti sendiri juga mereka
menipu, bagaimana rakyat boleh mengharapkan mereka bersifat telus jika menjadi
pemerintah?
Apapun, DAP tetap ada hak untuk berdrama, menangis,
menghentak-hentak kaki atau mengilas tangan terhadap penyokong mereka, ROS,
UMNO atau sesiapa saja. Tetapi ingatlah bahawa apapun yang mereka lakukan,
tidak akan dapat membantu mengalih perhatian dari isu sebenar iaitu pemilihan
CEC yang tidak telus.
Justeru, kalaupun parti ini menang dalam PRU nanti, hakikat ini
akan terus menghantui dan menyebabkan lebih ramai ahli-ahli mereka yang akan
keluar parti.
7:12 PM
Tepat 5 mei 2013. Jam 5 petang. Maka tamatlah kisah Lim kit Siang di Gelang Patah.
Rupanya riwayat hidup politiknya dibungkus di Gelang Patah.
Jangan marah UMNO tapi marahlah Anwar Ibrahim yang menikam dari belakang.