Umpan Baru Pakatan Rakyat - Jangan Kena Kelentong Buat Kali Ke-2 ....... Faizal Supar


Calon BN Kawasan DUN Chempaka, Muhammad Faizal Supar menyifatkan manifesto pakatan di Selangor yang dilancarkan di Shah Alam malam tadi sebagai satu lagi sandiwara mereka, dan menggesa rakyat supaya tidak tertipu lagi dengan manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) pakatan pembangkang.

“Rakyat Selangor perlu memastikan sama ada manifesto itu janji pembangkang yang boleh dipegang atau sebaliknya, sebelum bertindak mengundi pembangkang semata-mata kerana manifesto itu.

Antara janji seperti memberikan pendidikan percuma, memberi elaun kepada ibu tunggal adalah satu janji palsu kerana mereka tidak melaksanakannya walaupun telah memegang tampuk kerajaan di Selangor dan beberapa buah negeri lain sebelum ini. Walaupun mereka berkuasa di Selangor, kerajaan pakatan pembangkang itu tidak pun memberi pendidikan percuma dan membina rumah untuk golongan miskin di negeri ini," ujarnya mengulas manifesto pakatan Selangor.

Tambahnya, ini berbeza dengan Aku Janji BN, yang jelas aku janji atau manifesto kali ini menepati selera dan kehendak rakyat pelbagai kaum disamping memberi tumpuan kearah memacu pembangunan Negara

Aku Janji atau  manifesto bertemakan ‘Keamanan, Kestabilan, Kemakmuran' juga memperlihatkan kejujuran kerajaan BN dalam mentabir Selangor dan mensejahterakan rakyat berbilang kaum.

“Aku janji tersebut dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Pengerusi BN negeri yang mengandungi tujuh teras iaitu masa depan lebih cerah, masyarakat lebih prihatin, kualiti kehidupan lebih selamat dan sejahtera, dan perumahan mampu milik.

Selain itu aku janji tersebut turut meletakkan teras untuk menjadikan Selangor lebih inovatif, Selangor lebih progresif dan Selangor lebih mesra alam,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Safarizul Mustafa hairan dengan sikap penyokong pakatan yang masih lagi percaya dan bangga dengan manifesto parti mereka yang jelas, telah menipu rakyat khususnya pengundi di Selangor sepanjang 5 tahun mereka memerintah Selangor.

“Jikalau pemimpin mereka sendiri menganggap manifesto ini bukan janji, mengapa mereka mengeluarkan lagi manifesto baru pakatan Selangor, adakah ini umpan baru untuk rakyat Selangor.

“Saya berharap agar rakyat harus berfikir dengan lebih bijak, seperti yang saya katakana sebelum ini, dua asas yang ingin saya katakan iaitu  pertamanya, adakah manifesto ini satu pegangan yang kita boleh ambil kira, yang boleh kita gunakan sebagai sandaran kepada rakyat apabila mereka menang pilihan raya sedangkan PRU12 jelas, terlalu banyak janji yang dibuat dalam manifesto pakatan pembangkang sehingga ke hari ini tidak tertunai,” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Ampang.
Tags: , ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 Komen

Post a Comment